Rakan-rakan dalam drama musical Glee akan memberikan penghormatan kepada pelakon Cory Monteith yang ditemui mati di Hotel Pasifik Rim ,Vancouver, Kanada.

Kenyataan oleh Fox, saluran televisyen yang bertanggungjawab dengan produksi Glee merakamkan penghargaan kepada dedikasi Monteith sebelum ini.

Punca kematian Monteith yang melakonkan watak Finn Hudson dalam "Glee" itu belum dikenal pasti tetapi ia dikaitkan dengan penggunaan dadah.

Bedah siasat akan dijalankan hari ini bagi mengetahui punca sebenar kematiannya.

Sebelum ini berita kematiannya dianggap gurauan oleh sebilangan besar peminat mendiang.

Namun peminat fanatiknya mula menerima hakikat... selepas polis Kanada mengesahkan kematiannya.

Monteith berseorangan semasa dijumpai di bilik hotelnya itu.

Selain Glee, Monteith turut pernah membintangi Supernatural, Stargate dan filem Final Destination.

Mendiang berusia 31 tahun.