PENYANYI tersohor negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza berkongsi bahawa perayaan Aidilfitri pada tahun ini lebih memberi keutamaan kepada anak-anaknya iaitu, Aafiyah dan Afwa.
Menurut Siti, persediaan kali lebih kepada anak-anak dan bagi dirinya hanya sederhana sahaja.
"Apabila sudah ada dua anak, jadi fokus saya memang kepada mereka. Saya sebagai ibu, kalau ada satu dua helai baju jadilah, cuma Raya pertama kita ada lah baju baru," kongsi Siti ketika ditemui Gempak.
Menurut pelantun lagu Nazam Lebaran itu juga, tema warna baju bagi sambutan Aidilfitri tahun ini pula dipilih oleh suami, Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa atau lebih mesra dikenali sebagai Datuk K.
“Warna pilihan untuk tahun ini Datuk K yang pilih iaitu warna grey dan biru nila. Saya ikut suami, suami saya yang tentukan,” ujarnya.
Sementara itu, Siti turut sempat berkongsi antara juadah lebaran kegemarannya iaitu, nasi impit dah kuah kacang dan juga ketupat daun palas yang dipesan khas oleh ibu mentuanya, Siti Zainab Hanafi khas dari Kedah.
“Kalau orang Kedah memang kena ada ketupat daun palas. Jadi memang mak mentua saya dah buat pesanan awal-awal.
"Yang lain tu ada rendang, serunding, nasi impit dan kuah kacang itu pun memang menjadi juadah kegemaran saya.
“Kalau kita nak lebih sikit buat lah nasi minyak. Saya semenjak tiga tahun kebelakangan ini rajin buat rendang.
“Saya selalu masak rendang ayam, (rendang) daging tak pernah buat lagi,” tambahnya lagi. - Gempak
Gempak
Wed Apr 10 2024
Siti Nurhaliza dan keluarga memilih untuk bersederhana dalam meraikan Hari Raya Aidilfitri.
Niaga AWANI: WEF: Exploring multiple dimensions for energy transition
Niaga AWANI
Niaga AWANI: WEF: Addressing the economic spillover of Middle East tensions
With the Middle East conflict escalating following Iran's attack on Israel early on Sunday, fears are mounting that another series of destructive shockwaves will reverberate through global markets. Head of Research, MIER, Dr Shankaran Nambiar, speaks further on this matter.
AWANI Pagi: Pendidikan kanak-kanak Malaysia ketinggalan?
Ikuti perkongsian pandangan Pensyarah Kanan Jabatan Asas Pendidikan, Fakulti Pendidikan UiTM, Dr Khadijah Said Hashim susulan laporan yang dikeluarkan Bank Dunia baru-baru ini.
AWANI Ringkas: 'Geng Bob' tumpas, lima ditahan disyaki edar dadah
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Kebakaran kilang cat: JAS tempatkan dua alat ukur kualiti udara
Pengukuran tahap kualiti udara masih diteruskan secara berkala sehingga keadaan kembali seperti biasa.
KPM giat laksana pelbagai inisiatif bagi reformasi pendidikan negara
Kelas prasekolah akan diperluas di seluruh institusi pendidikan bawah KPM bagi memastikan isu keciciran murid dapat ditangani daripada awal.
Anwar minta seluruh negara Arab tegas dalam isu Palestin
Katanya, semua pihak juga perlu menyuarakan bantahan terhadap pencerobohan dan pendudukan haram Israel di tanah Palestin.
Bukan rombak satu FAM
Ridzuan menegaskan rombakan tersebut tidak perlu dilakukan untuk semua jawatan dalam badan induk bola sepak negara itu.
Wanita mengamuk kerana straw
Pihak berkuasa telah mengambil tindakan terhadap wanita itu yang juga berdepan tuduhan menghina secara peribadi.
KLK selesai bayar balik yuran susulan dakwaan ambil buruh secara tidak beretika
Ia susulan dakwaan terbaharu mengenai amalan pengambilan pekerja yang tidak beretika oleh sub-ejen SOS Manpower Service di Nepal.
Siti Nurhaliza bakal tampil persembahan cinta setinggi awan Ogos ini
Konsert ini akan diadakan pada jam 8.30 malam di Arena of Stars dan bakal membawa konsep Love in the Sky atau Cinta di Awan.
Raya bersederhana, Siti Nurhaliza utamakan anak-anak
"Cukup saya ada sepasang dua baju baharu, pakai saja yang lama"
Gelaran Biduanita Negara buat Siti Nurhaliza mungkin jadi kenyataan - Fahmi
Kementerian Komunikasi sedang meneliti cadangan penganugerahan gelaran Biduanita Negara kepada penyanyi Siti Nurhaliza.
28 tahun jadi anak seni, Siti Nurhaliza fokus hiburkan peminat, tidak kejar pengiktirafan
Siti memaklumkan dirinya tidak terlalu mengejar sesuatu pengiktirafan sebaliknya dia percaya setiap gelaran itu akan hadir dengan sendiri seiring dengan usaha keras seorang anak seni.
CUCKOO lantik duta baharu, serlah diversiti budaya di Malaysia
CUCKOO International (M) Sdn. Bhd. mengumumkan pelantikan barisan duta baharu iaitu Jaclyn Victor, Phei Yong, serta Datuk Seri Siti Nurhaliza yang berlangsung di Bazar CUCKOO x RIUH #SamaSamaRaya.
Yayasan Nurjiwa bantu lebih 10,000 rakyat Palestin setiap hari
Siti meluahkan penghargaan kepada orang ramai yang menghulurkan sumbangan, sekali gus membolehkan pihaknya memberikan bantuan.
“Tak sangka Allah beri saya peluang bantu” - Siti Nurhaliza sebak bercerita baju raya anak Gaza
Penyanyi kesayangan negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza tidak dapat menahan sebak apabila terkenang mengenai keadaan nasib anak-anak di Palestin.
Komposer Ross Ariffin dapat rumah, bakal bekerjasama dengan RTM - Fahmi
Fahmi menjejaki dan bertemu sendiri dengan Ross selepas mendengar perkhabaran sedih mengenai komposer terkenal itu.
Tidak kisah berbelanja di pasar malam, warga maya puji sikap rendah diri Siti Nurhaliza
Netizen juga memuji sikap Siti Nurhaliza yang tidak sombong serta sentiasa tersenyum ketika didekati peminat.
Konsert Siti Nurhaliza kekal pada 9 Mac, ditunda beri implikasi besar
Yayasan Nurjiwa dengan penuh keinsafan dan berlapang dada menerima gesaan dan teguran Mufti Pulau Pinang