awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pemotong rumput rogol adik ipar kekal dipenjara 28 tahun, 24 sebatan
Indonesia rancang bangun jana kuasa nuklear secara berperingkat
PNB nilai tawaran am sukarela Sunway ke atas IJM berdasarkan pertimbangan komersial
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

28 tahun jadi anak seni, Siti Nurhaliza fokus hiburkan peminat, tidak kejar pengiktirafan

Media Hiburan
Media Hiburan
02/04/2024
04:39 MYT
28 tahun jadi anak seni, Siti Nurhaliza fokus hiburkan peminat, tidak kejar pengiktirafan
Siti memaklumkan dirinya tidak terlalu mengejar sesuatu pengiktirafan sebaliknya dia percaya setiap gelaran itu akan hadir dengan sendiri seiring dengan usaha keras seorang anak seni. -Media Hiburan
SETELAH menempa nama dan mengecap pelbagai kejayaan hebat sepanjang 28 tahun penglibatan di persada muzik tanah air, kini ramai yang merasakan sudah tiba masanya penyanyi tersohor, Datuk Seri Siti Nurhaliza dikurniakan gelaran Biduanita Negara.
Bercakap mengenai perkara tersebut, Siti memaklumkan dirinya tidak terlalu mengejar sesuatu pengiktirafan sebaliknya dia percaya setiap gelaran itu akan hadir dengan sendiri seiring dengan usaha keras seorang anak seni.
“Dalam satu masa, saya ucapkan alhamdulillah.
“Namun, dalam sisi lain pula, saya menganggap, kalau perkara itu nak terjadi atau pengiktirafan itu ingin diberikan, sampai masanya akan dapat juga,” katanya kepada MH.
Jelas penyanyi lagu Purnama Merindu itu lagi, walau apapun yang berlaku, fokusnya hanyalah untuk menghasilkan karya terbaik selain menghiburkan para peminat yang telah menyokongnya selama ini.
“Namun, tak perlulah saya sampai terlalu berharap sangat kerana kerja-kerja yang saya lakukan ini memang minat dan kesukaan saya.
“Malah, saya juga suka melihat peminat saya gembira. Saya pun tidaklah terlalu memikirkan sangat tentang ganjaran bila buat sesuatu perkara.
“Saya buat semua ini kerana ia menggembirakan hati saya. Saya rasa senang dan seronok bila dapat menggembirakan hati orang lain,” ulasnya lagi.
Terdahulu, menerusi satu hantaran di laman Instagram, Siti akui teruja perjalanan seninya sudah pun meniti usia genap 28 tahun, semalam.
View this post on Instagram
A post shared by Siti Nurhaliza Tarudin (@ctdk)
Menurut ibu kepada dua orang cahaya mata ini lagi, perjalanan hampir tiga dekad ini telah mematangkan dirinya dan banyak memberikan pengajaran hidup.
Malah, di kesempatan itu juga, Siti turut merakamkan ucapan perhargaan kepada semua pihak yang telah menjadi tulang belakang dan saksi kejayaannya sepanjang 28 tahun bergelar anak seni. -Media Hiburan
Topic Berkaitan
#Siti Nurhaliza
#Biduanita Negara
#28 tahun
#perjalanan seni
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan