awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Parlimen Algeria isytihar penjajahan Perancis sebagai jenayah, tuntut permohonan maaf dan pampasan
Lebih sejuta dokumen berkaitan kes Jeffrey Epstein ditemukan pihak berkuasa Amerika
14 negara kecam Israel lulus penempatan baharu di Tebing Barat
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

#RevivalTourMalaysia: Peminat puji pakaian Selena, lebih sopan daripada artis tempatan

Mariah Ahmad
Mariah Ahmad
26/07/2016
00:31 MYT
#RevivalTourMalaysia: Peminat puji pakaian Selena, lebih sopan daripada artis tempatan
Selena Gomez tampil bersahaja dengan T-shirt lengan panjang dan seluar polos warna gelap pada konsert #RevivalTourMalaysia semalam yang berdurasi selama 90 minit. - Foto Astro AWANI / MARIAH AHMAD
Hashtag #RevivalTourMalaysia terus menjadi trending di laman sosial sejak semalam ketika konsert sedang berlangsung di Stadium Malawati, di sini.
Ramai pengguna media sosial memuji cara pemakaian penyanyi, Selena Gomez yang dilihat sopan dan menghormati budaya Malaysia.
Bagi pengguna Twitter @HayusSays, dia berkata, mungkin artis Malaysia boleh belajar berpakaian sopan daripada Selena. Beberapa pengguna media sosial yang lain turut sependapat dengan @HayuSays.
Retis malaysia boleh belajar cara selena dress up https://t.co/rEBTAJh3RS
— Noah (@hayusays) July 25, 2016
At least selena puts an effort to dress modestly after all those chaos,not like some of those msian idols. Did they even care whatchu say?/p>— (@zxckrzk) July 25, 2016
selena dress up lg okay dari certain artis malaysia yg terbelah sana terbelah sinibukan nak support selena tp em tulah
— (@far_tenn) July 25, 2016
Even Selena's helping to follow the dress code entitled with our culture and respects what more do you want?!
— Jonathan (@JoNaThAnNg14) July 25, 2016
Some people make a big fuss abt selena wants to come to Malaysia.. Lol ! Even malaysian celebrities wore more worst dress than selena. Fact.
— Mithra(@YumieKhan) July 25, 2016
She dresses better than the local so-called-singers. What a shame #REVIVALtourMalaysia
— MIAR (@Izwn_) July 25, 2016
i think she dressed up better than most of our local celebrities tho #REVIVALtourMalaysia pic.twitter.com/LmHjrPbjDc
— afika : (@trishagic) July 25, 2016
Selena tampil bersahaja dengan T-shirt lengan panjang dan seluar polos warna gelap pada konsert #RevivalTourMalaysia semalam yang berdurasi selama 90 minit.
Konsert tersebut menjadikan impian peminat Selena untuk melihat beliau beraksi di Malaysia menjadi realiti, selepas beliau membatalkan konsert 'Stars Dance Tour', sebelum ini.
Selena mempertaruhkan lagi ‘Same Old Love’ sebagai tirai pembukaan konsert.
[VIDEO] @selenagomez membuka tirai dengan persembahan lagu Same Old Love pada konsert #RevivalTourMalaysia @501Awani pic.twitter.com/OaUceDqeW4
— Mariah Ahmad AWANI (@MariahAWANI) July 25, 2016
Sebaik sahaja habis lagu tersebut, Selena terus memikat hati peminat Malaysia, dengan lagu ‘Come And Get It.’
Jeritan peminat yang menggelarkan diri mereka sebagai ‘Selenators’ terus menggegarkan Stadium Malawati dengan jeritan tanpa henti sepanjang konsert berlangsung.
Akhirnya Selena Gomez dapat beraksi di Malaysia
Antara lagu lain yang dinyanyikan oleh penyanyi yang mempunyai 91.5 juta pengikut di Instagram itu termasuk, ‘Love You Like A Love Song’, ‘Who Says’, dan ‘Hand To Myself.’
Selepas Malaysia, Selena dijadualkan akan meneruskan konsert jelajah di Singapura, Filipina, Thailand dan Jepun.
Konsert #RevivalTourMalaysia dibawakan oleh Cornetto, dipromosikan oleh PR Worldwide. Ia juga disokong oleh Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia dan Malaysia Major Events (MME), Biro Konvensyen dan Pameran Malaysia (MyCEB).
Topic Berkaitan
#revival tour malaysia
#Selena Gomez
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan