Ribuan peminat industri hiburan Kollywood di Malaysia membanjiri Stadium Nasional Bukit Jalil di sini hari ini bagi menyaksikan Festival Natchathira Vizha 2018 yang menampilkan lebih 300 artis India Selatan termasuk pelakon tersohor Rajinikanth dan Kamal Haasan.
Program yang bermula sekitar pukul 11.00 pagi itu dimulakan dengan persembahan satu Malaysia dan diikuti dengan perlawanan selebriti kriket antara bintang filem Tamil.
Perlawanan kriket juga diselitkan dengan persembahan nyanyian dan tarian yang menghiburkan sekitar 30,000 peminat tanah air yang hadir setakat pukul 4 petang tadi.
Meskipun ramai bintang filem Tamil popular yang diterbangkan khas dari India seperti Surya, Karthi, Vishal, Jeeva dan Sivakarthigeyan sudah menemui peminat, namun rakyat Malaysia masih dengan sabar menunggu kedatangan legenda filem Tamil 'Superstar' Rajinikanth dan Kamal Haasan.
Pesta hiburan anjuran Persatuan Artis India Selatan (SIAA), dengan kerjasama MyEvents International serta dengan sokongan Malaysia Major Events, anak syarikat Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia dijangka akan berlangsung sehingga 10 malam ini.
Selain kehadiran barisan pelakon terkenal India, acara tersebut akan turut disertai oleh enam pengarah muzik terkenal negara itu iaitu Harris Jayaraj, Anirudh Ravichandran, Srikanth Deva, GV Prakash, Tamman dan Imman serta penyanyi Karthik, Haricharan, Swetha Mohan, Ranjith, Naresh Iyer dan Chinmayee.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Jan 06 2018
Ribuan peminat Kollywood membanjiri Stadium Nasional Bukit Jalil bagi menyaksikan Festival Natchathira Vizha 2018 yang menampilkan antara lain pelakon tersohor Rajinikanth (gambar). -Foto fail
Protes diteruskan hingga Suk Yeol dipecat
Para penunjuk perasaan kekal mengadakan protes di bandar Seoul agar Presiden Yoon Suk Yeol dipecat daripada jawatannya.
Cubaan serbu pejabat Presiden Yoon Suk Yeol gagal
Menurut media tempatan, pihak polis tidak dapat memasuki bangunan utama kerana gagal mencapai persetujuan dengan pihak perkhidmatan rahsia mengenai kaedah penggeledahan dan penyitaan.
Bekas Menteri Pertahanan Korea cuba bunuh diri
Menurut Ketua Pesuruhajaya Perkhidmatan Korea, Shin Yong Hae pada Rabu, Kim kini sedang menerima rawatan susulan dan berada dalam keadaan stabil.
Seorang menteri Afghanistan terbunuh dalam letupan
Seorang menteri utama dalam pentadbiran sementara Taliban Afghanistan terbunuh pada Rabu dalam letupan di ibu negara Kabul.
PBB akan undi gencatan senjata segera dilaksanakan
Resolusi itu juga menuntut pembebasan semua tebusan dan akses tanpa halangan untuk bantuan kemanusiaan kepada Gaza.
Fenomena La Nina berkembang lebih 50 peratus hingga Feb 2025
Kemungkinan lebih 50 peratus fenomena La Nina dilaporkan akan berkembang dalam tempoh tiga bulan mendatang.
127 terbunuh dalam dua hari di Sudan
Terbaharu pada Selasa, kumpulan hak asasi manusia, Emergency Lawyers memaklumkan sekurang-kurangnya 20 termasuk 14 orang yang menaiki bas terbunuh di Omdurman, Sudan.
Suspek bunuh CEO bakal mohon esktradisi
Menurut peguam Luigi Mangiyone, Thomas Dickey, pihaknya akan melakukan permohonan itu mengikut peraturan undang-undang perlembagaan.
[TERKINI] Harimau Malaya raih tiga mata berharga, tewaskan Timor Leste
Skuad Harimau Malaya mencatatkan kemenangan pertama kumpulan A dalam saingan Piala ASEAN 2024 selepas menewaskan Timor Leste 3-2.
Astro sambung hak eksklusif EPL hingga 2027/28
Selain siaran langsung, Astro turut akan menerbitkan kandungan istimewa seperti wawancara eksklusif dan siri "From KL to PL" yang akan ditayangkan pada Januari 2025.
Ribuan peminat Kollywood banjiri Stadium Nasional Bukit Jalil
Ribuan peminat industri hiburan Kollywood di Malaysia membanjiri Stadium Nasional Bukit Jalil di sini hari ini bagi menyaksikan Festival Natchathira Vizha 2018 yang menampilkan lebih 300 artis India S