awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
LHDN kenal pasti 14,858 pemastautin cukai Malaysia dengan baki kewangan luar negara lebih RM10bilion
Polis keluar 247 saman, sita 117 motosikal dalam operasi bersepadu
K-pop Demon Hunters cipta sejarah ketika Anugerah Grammy bermula
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Rindu 15 tahun Amelina, Erra Fazira terlerai

Azyyati Ahmad
Azyyati Ahmad
01/12/2014
02:40 MYT
Rindu 15 tahun Amelina, Erra Fazira terlerai
Betapa akrabnya dua sahabat ini suatu ketika dahulu apabila masing-masing tidak dapat menahan air mata serta berpelukan erat ketika bertemu.
Lebih 15 tahun dahulu dua nama besar ini merupakan sahabat rapat dalam industri seni.
Walaupun masing-masing memperjuangkan dua bidang yang berbeza, namun itu tidak menghalang dua nama ini akrab.
Dua sahabat ini, penyanyi dangdut Amelina dan penyanyi serta pelakon Erra Fazira suatu ketika dahulu sering dilihat berkepit bersama.
Mereka berdua akan hadir ke majlis hiburan serta majlis rasmi dan tidak rasmi bersama-sama.
Mungkin kerana ketika itu, populariti Erra dan Amelina sedang sama-sama memuncak.
Persahabatan mereka terputus apabila Amelina secara tiba-tiba menghilangkan diri dari dunia seni seterusnya menutup semua perhubungannya dengan rakan-rakan artis, wartawan serta rakan baiknya sendiri, Erra.
15 tahun kemudian, dalam rancangan Apa Kata Malaysia H!Live, pengacaranya Datuk Aznil Hj Nawawi telah mencipta sejarah dengan mempertemukan dua sahabat lama ini.
Rancangan yang ke udara pada Ahad, menyaksikan betapa akrabnya dua sahabat ini suatu ketika dahulu apabila masing-masing tidak dapat menahan air mata serta berpelukan erat ketika bertemu.
Jelas terpancar rasa rindu di wajah mereka berdua.
Bercakap mengenai perkara tersebut, Erra berkata ketika pengumuman ‘comeback’ Amelina ke dunia seni, dia antara orang pertama yang menghubungi wartawan kerana teringin benar bertemu Amelina.
“Aku malu nak bertemu kawan-kawan lama, takut tak diterima” akui Amelina ketika dipeluk Erra.
Ikuti pertemuan bersejarah dua sahabat ini di Apa Kata Malaysia.
Jangan ketinggalan untuk menyaksikan episod kedua pertemuan ini dalam Apa Kata Malaysia pada Ahad depan.
Topic Berkaitan
#Amelina
#Apa Kata Malaysia
#Aznil Hj Nawawi
#Erra Fazira
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan