awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Riwayat AC/DC kemungkinan berakhir selepas 41 tahun

Astro Awani
Astro Awani
18/04/2014
01:05 MYT
Riwayat AC/DC kemungkinan berakhir selepas 41 tahun
Kumpulan hard rock yang berasal dari Australia, AC/DC.
Kulit Album Highway To Hell AC/DC
Kulit Album Highway To Hell AC/DC
SYDNEY: Hasrat peminat kumpulan hard rock yang berasal dari Australia, AC/DC untuk terus melihat kumpulan ini beraksi dipentas atau melahirkan album baru mungkin tidak akan kesampaian.
Lebih sebulan lalu, pengasas AC/DC yang juga pemain gitar, penulis lagu dan penolong penerbit album kumpulan tersebut, Malcolm Young dikhabarkan mengalami strok akibat darah beku dalam otaknya.
Kesannya, perancangan untuk menerbitkan album baru studio selepas album Black Ice, yang diterbitkan pada tahun 2008 dan siri konsert jelajah dunia sempena ulangtahun ke-40 kumpulan tersebut tidak akan menjadi kenyataan.
Biarpun terkena strok boleh dipulihkan dan ada yang menjadi lebih baik selepas pulih, namun dikalangan rakan-rakan dan ahli keluarga Malcolm telah berbincang, malah media Australia beberapa hari lepas telah menyiarkan kemungkinan perjalanan AC/DC telah berakhir.
Ac/DC ditubuhkan di Sydney, Australia pada 1973 oleh Malcolm Young dan Angus Young yang juga pemain gitar utama. Kumpulan ini memiliki dua penyanyi utama dan penggemarnya terbagi dua antara penggemar "Bon Scott era" (1974-80), dan "Brian Johnson era" (1980-sekarang).
Antara album AC/DC yang paling diminati ialah album Highway To Hell (1979) dan Back In Black (1980).
Topic Berkaitan
#AC/DC
#Angus Young
#malcolm young
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan