awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis keluar 247 saman, sita 117 motosikal dalam operasi bersepadu
K-pop Demon Hunters cipta sejarah ketika Anugerah Grammy bermula
JDT kuasai perlawanan selepas permulaan sukar - Xisco Munoz
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

The Rock tempah dewan panggung wayang untuk peminat

Agensi
Agensi
21/04/2018
04:56 MYT
The Rock tempah dewan panggung wayang untuk peminat
The Rock menempah dewan panggung wayang dengan kapasiti 232 tempat duduk untuk seorang peminat yang menjemputnya ke 'prom', baru-baru ini.
JIKA ada seorang pelakon Hollywood yang sanggup melakukan apa sahaja demi menggembirakan peminat, dia adalah The Rock.
The Rock baru-baru ini menerima jemputan dari seorang peminatnya, Katie Kenzelberg, untuk menghadiri majlis tarian sekolah tinggi atau prom. Namun kerana kesibukan di lokasi set penggambaran, jemputan itu tidak dapat dipenuhinya.
Sebagai ganti, pelakon itu menempah sebuah dewan panggung wayang dengan kapasiti 232 tempat duduk, khas untuk Kenzelberg dan rakan-rakannya, untuk menonton filem terbaharu lakonannya yang kini sedang ditayangkan, Rampage.
BACA: Netizen teruja The Rock ucap 'apa khabar Malaysia?'
BACA: Tiada Dwayne Johnson dalam Furious 9, gara-gara kritik Vin Diesel
BACA: Gara-gara pinggul, The Rock hadiahkan kereta besar untuk ayah
Dalam dua entri di akaun Instagramnya, The Rock atau nama sebenarnya Dwayne Johnson, memuat naik dua buah video di mana dia mengirimkan ucapan buat Kenzelberg melalui sistem pembesar suara sekolah Stillwater High, Minnesota.
"Saya mengirimkan ucapan ini buat seorang gadis muda yang istimewa, cik Katie Kenzelberg. Esok jam 4.45 petang, bawalah saudara mara dan rakan-rakan anda ke panggung untuk menonton Rampage. Jangan risau, semua sudah ditanggung dan anda boleh makan dan minum apa saja yang anda mahu," itu yang diucapkan The Rock.
I’ll take happy tears
Part 2. Katie Kelzenberg’s reaction to me buying out her local theater this weekend for her and 232 (theater capacity) of her closest friends to watch RAMPAGE. Don’t know who’s more excited, me or Katie #StillwaterHigh #Minnesota #PricelessReactions
A post shared by therock (@therock) on
Apr 20, 2018 at 10:31am PDT
Dalam kapsyen yang dimuat naik bersama video-video, pelakon itu mengucapkan terima kasih kepada peminat yang menjadi sebahagian daripada kejayaannya.
"Saya cukup bertuah mempunyai peminat seperti ini. Inilah perkara yang paling menyeronokkan sebagai pelakon," tulisnya.
Topic Berkaitan
#Dwayne Johnson
#filem
#Hollywood
#Katie Kenzelberg
#Minnesota
#pelakon
#peminat
#Rampage
#sekolah
#The Rock
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan