Tujuh ahli Running Man dilaporkan bakal mengunjungi Malaysia untuk menjalani penggambaran di Tasik Bakun, Sarawak pada April ini.

Menerusi laporan Borneo Post Online baru-baru ini, dikhabarkan kesemua tujuh ahli Running iaitu Yoo Jae-suk, Kang Gary, Lee Kwang Soo, Jin Seok Jin, Song Ji Hyo, Kim Jong Kook dan Haha ke Sarawak untuk menghadiri Festival Filem Antarabangsa Asia (AIFFA 2015) yang akan berlangsung pada 9 sehingga 11 April depan.

Pasukan Running Man memilih Tasik Bakun sebagai lokasi penggambaran siri program tersebut kerana tempat peranginan itu mempunyai landskap yang cukup menarik dengan pelbagai kemudahan mesra alam.

Selain Running Man, majlis kemuncak anugerah itu nanti akan turut dihadiri selebriti popular serata asia dan antarabangsa termasuk Datuk Jackie Chan.

Sebelum ini, lima ahli Running Man iaitu Ha Ha, Song Ji Hyo, Kim Jong Kook, Lee Kwang Soo dan Jin Seok Jin pernah berkunjung ke Malaysia menerusi acara ‘Running Man Fan Meeting Race Start Season 2 in Malaysia’ yang diadakan pada 1 November 2014.