awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sakit mata, Puteri Sarah tak hadir ke mahkamah

Gempak
Gempak
08/06/2023
04:22 MYT
Sakit mata, Puteri Sarah tak hadir ke mahkamah
Akberdin Abdul Kader memberitahu mereka tiba hari ini untuk memfailkan jawapan afidavit terhadap permohonan lanjutan injuksi yang dibuat oleh pengarah Syamsul Yusof. - Gempak
PEGUAM mewakili Puteri Sarah Liyana, Datuk Akberdin Abdul Kader memaklumkan pelakon itu tidak dapat hadir ke Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam, Selangor, pagi ini.
Akberdin memberitahu mereka tiba hari ini untuk memfailkan jawapan afidavit terhadap permohonan lanjutan injuksi yang dibuat oleh pengarah Syamsul Yusof.
"Puteri Sarah tak dapat hadir. Hari ini dia kurang sihat kerana ada masalah sakit mata.
"Hari ini adalah untuk kita failkan jawapan afidavit terhadap permohonan inter-parte (kedua-dua pihak) mereka yang mendapat perintah halangan supaya jangan cakap masalah keluarga dan sebagainya.
"Hari ini adalah tarikh untuk afidavit jawapan yang telah kita lakukan. Jadi kita dengar lah sama ada pihak Syamsul nak jawapan lagi atau tidak. Kalau dia tidak hendak jawab mungkin Hakim minta untuk masuk ujian bertulis," katanya.
Pada 25 Mei lalu, permohonan pengarah kontroversi, Syamsul Yusof melanjutkan perintah injunksi terhadap isteri pertama, Puteri Sarah Liyana, diluluskan Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam, Selangor.
Terdahulu, mahkamah meluluskan permohonan Syamsul melanjutkan tempoh masa perintah ex-parte bertarikh 27 April berdasarkan Seksyen 238 Enakmen Tatacara Mahkamah Syariah (Negeri Selangor) 2003 dengan pindaan kepada perintah ex-parte terbabit.
Mahkamah Tinggi Syariah antara lain memerintahkan Puteri Sarah dihalang, dilarang dan/atau ditegah bertindak mengeluarkan, memuat naik, menyiarkan, menulis, menerbitkan, menyebarkan, mengedarkan, menghebahkan, dan/atau menyalurkan apa-apa kenyataan, tulisan fitnah, maklumat, komen, gambar dan atau klip video di mana-mana laman media sosial, media cetak dan atau media elektronik. -- Gempak
Topic Berkaitan
#puteri sarah liyana
#Syamsul Yusof
#mahkamah syariah
#perceraian
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan