awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

'Saleem masih dirawat' - Seniman nafi berita palsu kematian penyanyi Iklim

Astro Awani
Astro Awani
22/09/2018
03:16 MYT
'Saleem masih dirawat' - Seniman nafi berita palsu kematian penyanyi Iklim
Persatuan Seniman Malaysia mengecam tindakan tidak bertanggungjawab pihak yang menularkan berita palsu penyanyi Saleem Iklim telah meninggal dunia pagi tadi. -Gambar fail/Sinar Harian
PERSATUAN Seniman Malaysia mengecam tindakan tidak bertanggungjawab pihak yang menularkan berita palsu penyanyi Saleem Iklim telah meninggal dunia pagi tadi.
Setiausaha Agungnya Hafiz Nafiah menerusi kenyataan media rasmi pada Sabtu mengesahkan Saleem masih dirawat di Hospital Kajang dan berada di bawah pemantauan rapi.
"Seniman Malaysia ingin mengesahkan bahawa Saleem Iklim masih dirawat di Hospital Kajang dan di bawah pemantauan rapi oleh pihak Hospital.
"Keadaan beliau dilaporkan stabil sehingga waktu ini."
Menurut Seniman, kenyataan tidak bertanggungjawab itu hanya mahu mengelirukan masyarakat serta tidak mengambil kira perasaan keluarga Saleem.
Seniman juga memohon agar masyarakat tidak terpedaya dengan berita palsu yang tular itu dan akan memaklumkan perkembangan semasa Saleem sepanjang rawatannya.
Khamis lalu, Saleem terlibat dalam kemalangan selepas motosikalnya dilanggar dari belakang ketika keluar membeli barang di Bandar Mahkota Cheras.
Topic Berkaitan
#berita palsu
#Hospital
#Hospital Kajang
#iklim
#kemalangan
#Persatuan Seniman Malaysia
#Saleem
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan