awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dua lelaki ditahan lakukan perbuatan tidak senonoh di tempat awam
Arsenal sahkan Mikel Merino akan jalani pembedahan kaki
Olivia Dean dinobatkan Artis Baharu Terbaik di Anugerah Grammy
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Salman Khan terima ancaman bunuh terbaharu

Sinar Harian
Sinar Harian
14/04/2025
10:45 MYT
Salman Khan terima ancaman bunuh terbaharu
Salman Khan kini dikawal rapi dengan tahap keselamatan tertinggi. - Sinar Harian
PELAKON terkenal Bollywood, Salman Khan sekali lagi menerima ancaman bunuh, kali ini menerusi mesej WhatsApp yang dihantar ke nombor rasmi Jabatan Pengangkutan Worli, Mumbai.

Ringkasan AI
  • Salman Khan menerima ancaman bunuh menerusi mesej WhatsApp yang dihantar ke nombor rasmi Jabatan Pengangkutan Worli, Mumbai.
  • Polis sedang menjalankan siasatan untuk mengesan penghantar mesej tersebut, dan laporan polis telah dibuat.
  • Salman Khan kini dikawal rapi dengan tahap keselamatan tertinggi, termasuk sistem keselamatan berteknologi tinggi di kediamannya.

Menurut pihak polis, mesej tersebut mengugut untuk membunuh Salman Khan di kediamannya, Galaxy Apartments di Bandra, selain mahu meletupkan keretanya menggunakan bom.
Susulan mesej itu, satu laporan polis telah dibuat di Balai Polis Worli terhadap individu tidak dikenali baru-baru ini.
Siasatan kini sedang dijalankan bagi mengesan penghantar mesej berkenaan.
Salman Khan sebelum ini telah beberapa kali menerima ugutan bunuh, terutamanya selepas disabitkan bersalah dalam kes menembak antelop hitam pada tahun 1998.
Pada 14 April tahun lalu, dua lelaki bermotosikal melepaskan empat das tembakan ke arah kediamannya sebelum melarikan diri.
Dalam insiden itu, Kumpulan gangster Lawrence Bishnoi telah mengaku bertanggungjawab menerusi satu hantaran di Facebook.
Pertelingkahan antara Salman Khan dan Lawrence Bishnoi dikatakan berpunca daripada kes antelop hitam, haiwan yang dianggap suci oleh komuniti Bishnoi.
Perkembangan terkini menyaksikan Salman Khan dikawal rapi dengan tahap keselamatan tertinggi dan kediamannya turut dilengkapi sistem keselamatan berteknologi tinggi termasuk kamera litar tertutup dan tingkap kalis peluru. - Agensi via Sinar Harian
Topic Berkaitan
#Pelakon Bollywood
#Salman Khan
#ugutan bunuh
#meletupkan kereta
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan