awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dewan hotel tiba-tiba terbakar, majlis makan malam bertukar tragedi
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Tiga ADUN Pas Perlis terhenti keahlian serta-merta - Abdul Hadi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

'The Sandbox', rancangan realiti TV biayasama pertama di Malaysia

Astro Awani
Astro Awani
09/04/2023
13:30 MYT
'The Sandbox', rancangan realiti TV biayasama pertama di Malaysia
Para peserta akan mengharungi tiga peringkat ujian mencabar dalam The Sandbox.
KUALA LUMPUR: Kotak pasir menjadi tempat kanak-kanak bermain, melampiaskan kreativiti dan meneroka idea-idea baharu tanpa gentar dan batas.
Semangat keberanian dan penerokaan itu yang dibawa dan digarap dalam The Sandbox, rancangan televisyen realiti berasaskan dana awam berbahasa Cina yang pertama di Malaysia, dibawakan secara eksklusif oleh Astro.
Ia dipersembahkan dengan usaha sama antara Astro dengan platform dana awam terbesar negara, MyStartr, menampilkan 12 pasukan terdiri daripada para usahawan berwawasan bersaing untuk merangkul geran perniagaan bernilai RM1 juta untuk menjadikan bisnes impian mereka satu realiti.
The Sandbox dihoskan oleh Xiao Ma, serta turut menampilkan tiga usahawan berjaya tanah air iaitu pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif CUCKOO International, KC Hoe; pengasas Tealive, Bryan Loo; dan Pengerusi Eksekutif Khind Holdings Berhad, PC Cheng sebagai mentor.
Para peserta akan mengharungi tiga peringkat ujian mencabar dalam The Sandbox, dimulakan dengan cabaran “Elevator Pitch,” diikuti cabaran persiapan segera “Business Modal Canvas” dan akhir sekali pertarungan antara pasukan dalam cabaran “Crowd Funding” sebelum tiga usahawan terakhir akan dipilih untuk dipersembahkan kepada 100 pendana awam.
Siapa yang perlu menonton rancangan ini? Semua orang, terutama sekali para usahawan mikro, kecil dan sederhana, pelabur-pelabur yang sedang meneroka projek-projek berpotensi dan mereka yang berminat untuk menceburi arena keusahawanan.
The Sandbox disiarkan di saluran 306 Astro AEC setiap Sabtu jam 8.30 malam, juga boleh ditonton di AstroGO serta Astro On-Demand.
The Sandbox: Realiti Tv Biayasama pertama di Malaysia
Topic Berkaitan
#The Sandbox
#AEC
#Astro
#televisyen realiti
#usahawan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan