awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Komitmen Kerajaan MADANI pastikan setiap pelaburan beri pulangan kepada rakyat - PM Anwar
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
KPDN Kedah kesan 1,071 kes, nilai kompaun lebih RM867,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sari Yanti syukur anak raih Anugerah Kecemerlangan Akademik

Mingguan Wanita
Mingguan Wanita
12/02/2023
01:20 MYT
Sari Yanti syukur anak raih Anugerah Kecemerlangan Akademik
Sari Yanti meraikan kejayaan diraih anaknya dengan kata-kata positif menerusi hantaran ringkas di Instagram. - Foto Instagram/sariyanti
TIADA yang lebih membahagiakan bagi mak ayah apabila anak-anak berjaya menamatkan pelajaran dengan cemerlang.
Pantas masa berlalu, pelakon Sari Yanti, 38, meluahkan rasa penuh kesyukuran apabila anak sulungnya meraih anugerah kecemerlangan akademik pada Jumaat lepas.
Aktres kecil molek siri popular Kisah Kaisara itu berkongsi foto di samping anak lelakinya, Barr Al-Aliy, 13, yang lengkap berpakain akademik iaitu jubah dan mortarboard.
Sari Yanti meraikan kejayaan diraih anaknya dengan kata-kata positif menerusi hantaran ringkas di Instagram.
“Sekejap sahaja sudah naik Tingkatan 1. Dia dapat anugerah hari ini, Anugerah Kecemerlangan Akademik.
"Tahniah anak mama. Syukur alhamdullillah. Rabbi habli minassholihin," katanya.
Barr Al-Aliy adalah anak Sari Yanti bersama bekas suami, Mohd Edy Casmadi Che Hussin.
Selain Barr, pelakon Jenaka Kampung Kalut itu memiliki seorang lagi cahaya mata daripada perkahwinan pertamanya iaitu Baasit Al-Haq, 12.
Selain Barr dan Baasit, Sari Yanti yang mendirikan rumah tangga dengan pelawak, Jep atau Mohd Nadzri Zainal Abidin pada 25 Februari 2017 dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Dariya Inara, 5, Muhammad Khidir, 3, dan Abu Bakr, 21 bulan.
DOAKAN KEJAYAAN DI DUNIA DAN AKHIRAT
Ramai yang turut mengucapkan tahniah dan mendoakan kejayaan Barr Al-Aliy di dunia dan akhirat serta menjadi anak yang soleh.
Tidak kurang juga ramai yang memuji kecomelan dan kecantikan Sari Yanti, ibarat ‘kakak dan adik’. - Mingguan Wanita
Topic Berkaitan
#Sari Yanti
#Anugerah Kecemerlangan Akademik
#syukur
#anak sulung
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan