awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Mahkamah Tinggi tetapkan 21 Mei keputusan tindakan undang-undang Indira Gandhi
Singapura sasar 18 juta pelancong antarabangsa pada 2026, perolehan S$32.5 bilion
Inkues Zara Qairina: Guru agama kongsi pertemuan terakhir dengan arwah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

"Saya hanya duduk, tak boleh tidur rasa macam anxiety" - Elizad

Gempak
Gempak
28/12/2017
12:00 MYT
"Saya hanya duduk, tak boleh tidur rasa macam anxiety" - Elizad
ELIZAD: "Saya memang jenis orang yang boleh duduk berjam-jam dan buat rujukan bila dapat sesuatu naskah."
Pelakon Syurga Yang Kedua, Elizad akui berasa gelisah dan sukar untuk tidur sekiranya tidak membuat rujukan terhadap watak yang diterima untuk sesebuah naskah yang ditawarkan.
Menurut Elizad, perkara itu terjadi kerana dia mahu watak yang dibawanya itu berkesan dan dihargai penonton.
“Saya memang jenis orang yang boleh duduk berjam-jam dan buat rujukan bila dapat sesuatu naskah.
“Kalau tak buat saya akan rasa resah, tidak selesa dan tidak boleh tidur rasa macam gangguan kecemasan (anxiety).
“Itu adalah saya, tak boleh nak elak. Jiwa memang pada lakonan sebab itu tidak mahu ambil remeh.
“Saya sangat sukakan kerja saya, setiap karakter yang dibawa berlainan dan saya mahu orang hargai lakonan saya,” katanya kepada Astro Gempak.
Selain Elizad, drama 70 episod itu juga turut dibintang oleh Zarul Husin, Fasha Sandha, Sherry Ibrahim, Beego, Datuk Jalaluddin Hassan, Dynas Mokhtar, Afifah Nasir dan Azizah Mahzan.
Menerusi drama tersebut, Elizad melakonkan watak Sabrina, wanita terpaksa melalui kehidupan poligami apabila suaminya dipaksa berkahwin lain oleh ibu mentuanya atas alasan inginkan waris dalam keluarga.
Syurga Yang Kedua disiarkan secara eksklusif menerusi slot Tiara, setiap Isnin hingga Jumaat di Astro Prima (saluran 105) dan Maya HD (saluran 135) bermula 12 Disember lalu.
Sometimes the heart sees what is invisible to the eye . - SABRINA . . #syurgayangkedua Dipinggirkan.. Saksikan arus rumah tangga mereka dalam.. #syurgayangkedua Isnin - Jumaat 6.00petang Astro Prima 105 Astro Maya HD 135 #syurgayangkedua #astroprima #astromayahd @elizad_team @bambam_studios @nurqistinaraisah
A post shared by ELIZAD SHARIFUDDIN (@elizadsharifuddin) on
Dec 27, 2017 at 8:39pm PST
Foto: Instagram @elizadsharifuddin / @elizad_team
Teks oleh: Mya Amri
Topic Berkaitan
#anxiety
#Astro
#Elizad
#Fasha Sandha
#gangguan kecemasan
#Instagram
#keluarga
#pelakon
#Sherry Ibrahim
#Syurga Yang Kedua
#wanita
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan