PELAKON Nur Fazura berharap peminatnya tidak menantikan dirinya untuk berlakon mahu pun membuat kemunculan dalam filem Gol Gincu 2 (GG2).

Fazura berkata dia ada sebab mengapa tidak berlakon dalam filem GG2 meskipun pernah terlibat dalam Gol Gincu sebelum ini dengan watak Putri.

Saya tahu ramai tertanya-tanya kenapa saya tidak terlibat dalam Gol Gincu kali ini. Ini kerana pada saya watak Putri sudah tamat.

Sekarang saya mahu beri peluang kepada pelakon baru yang hebat dan berbakat seperti Diana Danielle dan Ummi Nazeera untuk bawa cerita ini sesuai dengan generasi sekarang, katanya selepas selesai menonton GG2.

Fazura berkongsi perkara tersebut di akaun Instagram (IG) Gol Gincu Vol.2 selepas selesai menonton filem tersebut. Meskipun tidak terlibat dalam GG2, namun Fazura tetap mahu semua peminat Gol Gincu sebelum ini menyokong filem tersebut yang difahamkan lebih hebat dan mempunyai jalan cerita lebih segar.

Sebagai pelakon yang pernah terlibat dalam Gol Gincu sebelum ini saya amat berbangga apabila dapat menonton GG2 kerana banyak kelainan yang disuntik dan jalan cerita diketengahkan lebih fresh serta sesuai dengan situasi yang berlaku sekarang. Jadi jangan lupa tonton dan sokong GG2.

Saya harap jangan tercari-cari Putri kerana ceritanya sudah selesai. Sekarang fokus pada pelakon-pelakon dan kisah baru dalam GG2.

Matlamat cerita ini masih sama iaitu wanita memperkasakan wanita, katanya lagi. Filem arahan sulung Umi Salwana Omar itu dibarisi pelakon seperti Diana Danielle, Ummi Nazeera serta dua pelakon asalnya Sharifah Amani dan Sazzy Falak.

Ia juga turut dibintangi oleh pelakon lelaki Syafiq Kyle dan Aedy Ashraf serta wajah baru seperti Jad Hidhir, Intan Serah, Tiara Anchant, Nik Nasuhan, Annabel Michael, Grace Ng dan Iezahdiyana Alaudin.

Astro Gempak akan menjadi hos kepada laman web rasmi GGV2 di mana penonton yang belum berpeluang menonton filem asal yang dihasilkan pada tahun 2005 dapat menyaksikan dan mengetahui lebih lanjut mengenai barisan pelakon, kisah di sebalik tabir dan pelbagai promosi hebat GGV2. GGV2 mengisahkan tentang Zak (Diana Danielle) dan Yaya (Ummi Nazeera) pelajar yang memiliki nama asal yang sama iaitu Zakiah tetapi personaliti yang jauh berbeza.

Akibat tercetusnya pergaduhan mereka di khalayak ramai sehingga tular di media sosial, mereka telah dikenakan tindakan disiplin untuk melakukan kerja amal.

Zak dan Yaya memilih untuk melakukan kerja amal di rumah remaja bermasalah yang dikenadlikan oleh Jijie (Sharifah Amani). Pelbagai konflik berlaku ketika mereka cuba membantu Jijie dan gadis-gadis tersebut.

Karya terbitan Red Films itu bakal menemui penonton di pawagam seluruh Malaysia mulai 25 Oktober ini.

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Ok ok, korang tanya, Putri jawab. Yang penting, matlamat kami tetap sama! @missfazura ❤️

Memahami Alzheimer dan diagnosis awal

Memahami Alzheimer dan diagnosis awal

Hari Alzheimer Sedunia pada 21 Sept setiap tahun memberi peluang kepada orang ramai memahami penyakit Alzheimer dengan lebih mendalam.
Asia Tenggara muncul sebagai rantau perpaduan dan kerjasama - PM Vietnam

Asia Tenggara muncul sebagai rantau perpaduan dan kerjasama - PM Vietnam

Vietnam komited bekerjasama dengan negara di rantau ini untuk menjaga keamanan, keselamatan dan kebebasan pelayaran di Laut China Selatan.
Malaysia bebas penyakit kuda Afrika - DVS

Malaysia bebas penyakit kuda Afrika - DVS

Perkara itu dimaklumkan WOAH menerusi surat yang dihantar kepada DVS.
Saingan tiga penjuru di Pilihan Raya Kecil DUN Pelangai

Saingan tiga penjuru di Pilihan Raya Kecil DUN Pelangai

Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Pelangai pada 7 Oktober depan menyaksikan saingan tiga penjuru melibatkan Barisan Nasional (BN), Perikatan Nasional (PN), dan seorang calon Bebas.
Biden umum penubuhan pejabat cegah keganasan senjata api

Biden umum penubuhan pejabat cegah keganasan senjata api

Pejabat baharu itu diwujudkan melalui perintah eksekutif yang bertujuan mempercepat pelaksanaan Bipartisan Safer Communities Act.
Tapak pengkebumian berusia 800 tahun ditemui di Peru

Tapak pengkebumian berusia 800 tahun ditemui di Peru

Penemuan itu ditemui sewaktu pekerja dari syarikat gas Calidda sedang melakukan penggallian di Carabayllo.
PM Anwar sampaikan khutbah Jumaat di ICCNY New York

PM Anwar sampaikan khutbah Jumaat di ICCNY New York

Anwar yang berada di sini untuk menghadiri Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNGA) ke-78, adalah pemimpin asing pertama diberi penghormatan menyampaikan khutbah di pusat itu, yang merupakan masjid pertama dibuka di bandar raya New York.
PRK Pelangai: Saingan tiga penjuru antara BN, PN, bekas ahli UMNO

PRK Pelangai: Saingan tiga penjuru antara BN, PN, bekas ahli UMNO

Senarai rasmi calon-calon diumumkan Pegawai Pengurus Pilihan Raya DUN Pelangai, Datuk Mohammad Shahid Ismail.
[TERKINI] Pengumuman calon bertanding di PRK DUN Pelangai

[TERKINI] Pengumuman calon bertanding di PRK DUN Pelangai

Ikuti pengumuman calon bertanding di PRK DUN Pelangai oleh Pegawai Pengurus Pilihan Raya DUN Pelangai, Datuk Mohammad Shahid Ismail.
UNGA ke-78: Malaysia kutuk tindakan pencerobohan Rusia di Ukraine

UNGA ke-78: Malaysia kutuk tindakan pencerobohan Rusia di Ukraine

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengesa Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mencari penyelesaian konflik antara Rusia dan Ukraine.Jelas Anwar, konflik yang berterusan tanpa sebarang rundingan aman diantara dua buah negara itu membawa kepada krisis makanan dunia.
Anwar luang masa belajar pemerkasaan seni budaya daripada selebriti Indonesia, Malaysia

Anwar luang masa belajar pemerkasaan seni budaya daripada selebriti Indonesia, Malaysia

Anwar berkata beliau memanfaatkan pengalaman dan cadangan dari kumpulan berkenaan, termasuk belajar tentang erti pemerkasaan seni budaya.
Isu pecah amanah dan dikhianati, Fazura terima pengajaran

Isu pecah amanah dan dikhianati, Fazura terima pengajaran

"Tidak boleh percaya dengan sesiapa walaupun yang rapat dengan saya."
Fazura terima potret keluarga kurniaan Sultan Selangor, Tengku Permasuri

Fazura terima potret keluarga kurniaan Sultan Selangor, Tengku Permasuri

Fazura sifatkan kurniaan hadiah tersebut sebagai sebuah kenangan yang bermakna dan akan diabadikan dalam hidupnya.
Fazura buat laporan polis isu pecah amanah

Fazura buat laporan polis isu pecah amanah

Sampai masanya nanti, Fazura akan berkongsi butiran laporan polis yang dibuatnya.
Didakwa bermasam muka dengan Fazura? Ini komen pereka fesyen popular Rizman dan Ruzaini

Didakwa bermasam muka dengan Fazura? Ini komen pereka fesyen popular Rizman dan Ruzaini

'Gaduh-gaduh' manja kot...
Bangunkan aplikasi gaya hidup Muslim, Fazura mahu kongsi manfaat kepada semua umat Islam

Bangunkan aplikasi gaya hidup Muslim, Fazura mahu kongsi manfaat kepada semua umat Islam

Kandungan dan ciri-ciri yang ada pada aplikasi berkenaan dapat menjadi pelengkap kepada aktiviti harian para pengguna.
Mahkamah Rayuan kekal keputusan tolak saman terhadap Fazura

Mahkamah Rayuan kekal keputusan tolak saman terhadap Fazura

Mahkamah Rayuan hari ini mengesahkan keputusan Mahkamah Tinggi menolak saman oleh pemilik Maydan Trading terhadap selebriti Fazura atau nama sebenar Nur Fazura Shariffudin dan Universal Music Sdn Bhd
Fazura manis berhijab, itulah doa Fattah Amin untuk isteri

Fazura manis berhijab, itulah doa Fattah Amin untuk isteri

Pelakon Fazura yang juga ibu kepada cahaya mata comel, Nur Fatima Aisya semakin manis berhijab.
Fazura, Fattah Amin dikurniakan cahaya mata perempuan

Fazura, Fattah Amin dikurniakan cahaya mata perempuan

Tiada apa yang membahagiakan Fazura dan Fattah selain dikurniakan bayi sulung yang sihat dan sempurna.
Keputusan kes saman terhadap Fazura ditangguhkan ke 18 Jun

Keputusan kes saman terhadap Fazura ditangguhkan ke 18 Jun

Mahkamah Tinggi menetapkan tarikh baharu itu berikutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dalam negara ketika ini.