awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Bekalan ayam, telur dijangka stabil menjelang Ramadan - Mohamad Sabu
Kerajaan dibenar tangguh bayaran ganti rugi lebih RM37 juta kepada keluarga Raymond Koh
Kerajaan semak semula SOP, proses pelesenan di Wilayah Persekutuan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Perincian penubuhan Jabatan Pendakwaan Syariah Malaysia di peringkat akhir

Bernama
Bernama
26/01/2026
05:30 MYT
Perincian penubuhan Jabatan Pendakwaan Syariah Malaysia di peringkat akhir
Zulkifli ketika sesi pertanyaan-pertanyaan dan jawab lisan pada Mesyuarat Pertama, Penggal Kelima Parlimen ke-15 Dewan Rakyat di Bangunan Parlimen hari ini. - Foto Bernama
KUALA LUMPUR: Perincian mengenai penubuhan Jabatan Pendakwaan Syariah Malaysia (JPSM) di peringkat Persekutuan kini berada di peringkat akhir dan dijangka dibentangkan kepada Jemaah Menteri bagi kelulusan dasar dalam masa terdekat.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Zulkifli Hasan, berkata selepas kelulusan dasar diperoleh, cadangan penubuhan JPSM akan dibawa ke Majlis Kebangsaan bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia (MKI) sebelum diangkat kepada Majlis Raja-Raja untuk diperkenan.
"Penubuhan JPSM bertujuan menjadi entiti khusus dan pusat rujukan berkaitan pendakwaan jenayah syariah di peringkat Persekutuan, selain menyelaras dan menyeragamkan pelaksanaan pendakwaan syariah di seluruh negara tanpa menjejaskan autonomi serta kuasa negeri seperti diperuntukkan di bawah Perlembagaan Persekutuan," katanya.
Beliau menjawab soalan Dr Ahmad Fakhruddin Fakhrurazi (PN-Kuala Kedah) mengenai kesediaan kerajaan mewujudkan Akta Jabatan Pendakwaan Syariah Persekutuan agar fungsi pendakwaan Islam berada pada kedudukan yang kukuh dan bebas, seperti Jabatan Peguam Negara, pada sesi soal jawab di Dewan Rakyat hari ini.
Zulkifli berkata setakat ini, sebanyak 13 negeri dan Wilayah Persekutuan telah mengasingkan sepenuhnya fungsi pendakwaan syariah daripada Jabatan Agama Islam Negeri, manakala Sabah berada pada peringkat akhir proses penjabatan.
Menjawab soalan tambahan mengenai isu tunggakan kes jenayah syariah, beliau berkata pengurusan kes di mahkamah syariah menunjukkan perkembangan positif sejak 2019 hingga 2025, termasuk peningkatan kecekapan pendaftaran dan penyelesaian kes hasil penambahbaikan pentadbiran serta penyelarasan sistem yang sedang dilaksanakan.
-- BERNAMA



Topic Berkaitan
#Jabatan Pendakwaan Syariah Malaysia
#Dewan Rakyat
#Zulkifli Hasan
#di peringkat akhir
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan