Skip to main content

Teknologi

Sony jamin bekalan RAM mencukupi untuk pengeluaran PlayStation 5 tahun ini

81627484654_playstation.jpg
Menurut Sony, bekalan memori yang telah diperoleh membolehkan syarikat itu meneruskan perancangan pengeluaran PlayStation 5 tanpa gangguan ketara dalam tempoh berkenaan. -Gambar fail
Advertisement

TOKYO: Sony Group Corporation mengesahkan syarikat itu mempunyai bekalan komponen memori (RAM) mencukupi untuk memenuhi sasaran pengeluaran dan jualan konsol PlayStation 5 bagi tahun kewangan 2026.

Jaminan itu diberikan susulan kebimbangan pasaran mengenai peningkatan kos dan bekalan memori global yang dipengaruhi permintaan tinggi daripada sektor kecerdasan buatan (AI).

Menurut Sony, bekalan memori yang telah diperoleh membolehkan syarikat itu meneruskan perancangan pengeluaran PlayStation 5 tanpa gangguan ketara dalam tempoh berkenaan.

Perkembangan itu dilihat penting ketika Sony bersedia menghadapi peningkatan minat pengguna terhadap konsol permainan menjelang pelancaran Grand Theft Auto VI (GTA VI), yang dijangka menjadi antara permainan video terbesar tahun ini.

Kenyataan tersebut dibuat sempena pembentangan keputusan kewangan terbaharu syarikat yang menunjukkan prestasi kukuh segmen permainan dan perkhidmatan rangkaiannya.

Sony turut melaporkan pertumbuhan berterusan dalam ekosistem PlayStation Network (PSN), sekali gus mengukuhkan kedudukan syarikat itu dalam pasaran permainan digital global.

Perkembangan positif itu hadir ketika Sony meneruskan pelan untuk menghentikan pengeluaran cakera fizikal bagi permainan PlayStation baharu mulai Januari 2028, satu keputusan yang menerima kritikan daripada sebahagian komuniti pemain.

 

 

Must Watch Video

Advertisement