awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pulau Pinang naikkan rebat cukai tanah 50 peratus bagi 2026 - Chow
Bayaran saham KPF tertunggak: Kami bukan bank saudagar, tetapi koperasi - Pengerusi
SPRM rekod nilai sitaan, kompaun, pulih aset RM8.4 bilion
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

'Saya masih muda, buat kesilapan' - Syamimia mohon maaf isu Palestin, patung David

Gempak
Gempak
27/10/2023
05:01 MYT
'Saya masih muda, buat kesilapan' - Syamimia mohon maaf isu Palestin, patung David
Syamimia memberitahu kontroversi yang melanda itu menjadikan dia seorang yang lebih peka mengenai isu semasa dan menganggap ia satu pengajaran terbesar dalam hidupnya. -Gempak
PEMPENGARUH media sosial Syamimia sekali lagi tampil memohon maaf secara terbuka di Instagram miliknya berikutan isu melibatkan Palestin dan ukiran patung hiasan dewa Roman atau David di rumahnya.
Syamimia memberitahu kontroversi yang melanda itu menjadikan dia seorang yang lebih peka mengenai isu semasa dan menganggap ia satu pengajaran terbesar dalam hidupnya.
“Dengan rendah hati, saya Syamimia ingin sekali lagi memohon maaf kepada semua di atas kekurangan saya selama ini.
“Isu Palestin dan ukiran patung David telah mengajar saya untuk menjadi seseorang yang lebih peka pada isu semasa dan in merupakan pengajaran terbesar dalam hidup saya,” katanya.
Mengakui kesilapannya, Syamimia juga memaklumkan dia sudah membuang ukiran patung tersebut dan akan sentiasa bersama Palestin.
“Saya bersama Palestin dan patung tersebut telah dilupuskan. Saya bersyukur menerima bimbingan yang anda berikan dan saya mengaku bersalah kerana tidak prihatin tentang isu ini.
“Saya akui saya masih muda dan buat kesilapan. Kekurangan in menjadi iktibar untuk saya perbaiki diri di masa hadapan.
“Sekali lagi saya ikhlas mohon maaf membuat anda berkecil hati dengan tindakan saya dan saya tiada niat untuk melukai sesiapa,” ujarnya lagi.
Terdahulu, Syamimia dikecam gara-gara enggan berkongsi mengenai Palestin di laman sosial miliknya malah turut dikritik kerana mempunyai ukiran patung ‘David’ yang berada di rumahnya.
Gara-gara kontroversi itu juga, Syamimia telah kehilangan beratus ribu pengikut di TikTok miliknya. -Gempak
Topic Berkaitan
#Syamimia
#Palestin
#patung hiasan dewa Roman
#mohon maaf
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan