Skip to main content
Advertisement

Malaysia

PM Anwar rafak sembah tahniah bersempena dengan ulang tahun keputeraan Sultan Kelantan

[TB]_Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Ke-57_FB ANWAR IBRAHIM
Perdana Menteri Anwar merafak sembah dan menzahirkan ucapan tahniah bersempena dengan Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan ke-57, Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V. - Gambar Facebook Anwar Ibrahim
Advertisement

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini merafak sembah dan menzahirkan ucapan tahniah bersempena dengan Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan ke-57, Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V.

Menerusi hantaran Facebook, Anwar mendoakan semoga Sultan Muhammad V dan seluruh kerabat diraja sentiasa dilimpahi rahmat dan hidayahNya serta berada dalam keadaan sihat, sejahtera dan penuh kedaulatan.

“Patik mendoakan ke hadrat Allah Subhanahu Wa Ta'ala semoga Duli Tuanku serta seluruh kerabat diraja sentiasa berada dalam penuh kedaulatan selain terus dilimpahi rahmat dan hidayah-Nya.

“Semoga Allah melindungi Tuanku dunia dan akhirat. Daulat Tuanku,” kata beliau.

-- BERNAMA

 

 

 

Must Watch Video

Advertisement