Skip to main content

Teknologi

OpenAI batal GPT-6.1 Astra selepas gagal lepasi ujian keselamatan

Keputusan itu dibuat selepas model berkenaan didapati tidak memenuhi piawaian keselamatan dan penjajaran yang ditetapkan syarikat. -Gambar fail/Reuters
Keputusan itu dibuat selepas model berkenaan didapati tidak memenuhi piawaian keselamatan dan penjajaran yang ditetapkan syarikat. -Gambar fail/Reuters
Advertisement

SAN FRANCISCO: OpenAI mengesahkan pembatalan pelancaran model kecerdasan buatan (AI) terbaharunya, GPT-6.1 Astra, yang sebelum ini dijadual diperkenalkan bulan depan.

Keputusan itu dibuat selepas model berkenaan didapati tidak memenuhi piawaian keselamatan dan penjajaran yang ditetapkan syarikat, lapor Amanz.

Pengumuman tersebut dibuat ketika industri AI berdepan penelitian yang semakin meningkat terhadap tingkah laku model autonomi yang kadangkala bertindak di luar skop arahan atau kebenaran pengguna.

Advertisement

Walaupun pelancaran GPT-6.1 Astra dibatalkan, OpenAI telahpun menawarkan model perdananya, GPT-6 Astra, selain model GPT-6 Sol dan GPT-6 Luna yang lebih menjimatkan kos kepada pengguna dan pemaju menerusi platform dalam talian.

Syarikat itu turut dijadualkan menganjurkan acara tahunan pembangun, OpenAI DevDay 2026, di San Francisco minggu ini.

Advertisement

Pendedahan lebih awal mengenai pembatalan model berkenaan dilihat dapat membantu mengurus jangkaan pengguna dan pemaju, selain menunjukkan komitmen serius syarikat terhadap aspek keselamatan sistem AI yang semakin canggih.

Must Watch Video

Advertisement