awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Keselamatan pelancongan perlu jadi keutamaan negara menjelang TM2026 - Lee
Lima maut helikopter penyelamat terhempas di Gunung Kilimanjaro, Tanzania
PKR balas kenyataan Hadi: Pengampunan Najib dan Anwar berbeza
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

'Saya okay... Baba loves you so much' - Sharnaaz Ahmad

Astro Awani
Astro Awani
21/06/2022
03:22 MYT
'Saya okay... Baba loves you so much' - Sharnaaz Ahmad
Menerusi video di muat naik di Instagram, Sharnaaz dilihat Sharnaaz dilihat mendukung anak lelakinya, Jebat Jayden. - Foto Instagram Sharnaaz Ahmad
KUALA LUMPUR: Nama pelakon popular, Sharnaaz Ahmad menjadi bualan selepas dia terpalit dengan kontroversi kes pukul di sebuah kondominium di Segambut, baru-baru ini.
Bagaimanapun, Sharnaaz atau nama sebenarnya Sharnaaz Ahmad Basir Ahmad dibebaskan dengan jaminan polis semalam selepas direman selama tiga hari bagi membantu siasatan berhubung kes menumbuk dan menendang seorang lelaki.
Terbaharu, pelakon drama I Promise Janji Anaqi menerusi hantaran di laman Instagram menyatakan dia dalam keadaan 'okay'.
Menerusi video tersebut, Sharnaaz dilihat mendukung anak lelakinya, Jebat Jayden, seolah-olah memberi gambaran kepada anaknya itu bahawa semuanya dalam keadaan baik.
Sementara itu, Jebat turut kelihatan memeluk erat bapanya itu.
"Saya okay... InsyaAllah. Baba loves you so much (Baba sayang kamu sangat-sangat)," tulisnya dalam entri tersebut, semalam.
View this post on Instagram
A post shared by Sharnaaz Ahmad Basir Ahmad ™ (@sharnaazahmad)
Dalam pada itu, beberapa rakan artis memberikan kata-kata semangat dan positif kepada Sharnaaz di ruangan komen.
Semalam, Sharnaaz, 37, menegaskan tohmahan yang dilontarkan terhadapnya sebagai tidak berasas.
Katanya, dia tidak sesekali akan melakukan tindakan bodoh yang boleh menjatuhkan nama sendiri dan keluarga.
Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Beh Eng Lai berkata siasatan ke atas pelakon itu dijalankan mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan dan Seksyen 506 kanun sama kerana melakukan ugutan.
Seksyen 323 Kanun Keseksaan memperuntukkan hukuman penjara setahun atau denda maksimum RM2,000 atau kedua-dua sekali.
Topic Berkaitan
#Sharnaaz Ahmad kes pukul
#Sharnaaz Ahmad bebas
#pelakon lelaki
#hiburan Malaysia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan