awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pilihan raya Majlis Nasional Palestin ditetapkan pada 1 November
Toleransi beragama, keselamatan rumah ibadat asas keharmonian - Ahmad Zahid
Hutan di puncak bukit berhampiran Taman Tun Abdul Razak terbakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

'Saya tak akan tipu peminat' - Fattah Amin

Sinar Harian
Sinar Harian
01/10/2018
13:22 MYT
'Saya tak akan tipu peminat' - Fattah Amin
'Sebarang kenyataan rasmi tentang isu ini, akan saya berikan melalui pihak Universal Music Malaysia.' - Gambar fail
PIHAK Universal Music Malaysia telah mengeluarkan kenyataan media memaklumkan bahawa pihak mereka sedang mendalami polemik yang melanda bintang di bawah naungannya, Fattah Amin.
Ini berikutan dakwaan pihak ketiga bahawa pelakon terkenal tersebut tidak lagi aktif mempromosikan sebuah produk makanan kesihatan iaitu MRP Sup DIET & Berrytox, yang didaftarkan di bawah syarikat MRP International Sdn. Bhd.
Universal Music, bersama pihak peguam akan terus memantau dan berusaha menyelesaikan isu yang dibangkitkan terhadap MRP International dan beberapa klien lain yang telah menandatangi kontrak dengan bekas pihak pengurusan Fattah Amin sebelum ini.
"Saya terkejut dengan tuduhan ini," kata Fattah.
"Saya tidak akan menipu peminat dan penyokong saya dengan mempromosikan sesuatu yang saya sendiri tidak percaya. Saya sedang bekerjasama dengan Universal Music untuk menyelesaikan masalah ini. Sebarang kenyataan rasmi tentang isu ini, akan saya berikan melalui pihak Universal Music Malaysia," ujar Fattah.
Pihak Universal Music juga memandang serius tentang beberapa urusan yang dilakukan tanpa kontrak rasmi atau dalam pengetahuan pihak peguam. Sebarang keterangan lanjut akan dimaklumkan dalam kadar segera.
Topic Berkaitan
#Fattah Amin
#kesihatan
#Malaysia
#Media
#pelakon
#penyanyi
#Universal Music Malaysia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan