awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Mahkamah Tinggi tetapkan 21 Mei keputusan tindakan undang-undang Indira Gandhi
Singapura sasar 18 juta pelancong antarabangsa pada 2026, perolehan S$32.5 bilion
Inkues Zara Qairina: Guru agama kongsi pertemuan terakhir dengan arwah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

"Saya tak perasan" - Fasha Sandha ulas isu foto seksi

Gempak
Gempak
20/03/2018
11:30 MYT
"Saya tak perasan" - Fasha Sandha ulas isu foto seksi
Fasha atau nama sebenarnya, Nur Fasha Sandha Hassan, 34, memakai persalinan ala Bollywood ketika menghadiri majlis malam berinai pelakon baru Datin Elvina Mohamad.
BARU-BARU ini, sekeping foto milik pelakon cantik Fasha Sandha menjadi bualan apabila netizen mendakwa cara berpakaiannya terlalu seksi.
Fasha atau nama sebenarnya, Nur Fasha Sandha Hassan, 34, memakai persalinan ala Bollywood ketika menghadiri majlis malam berinai pelakon baru Datin Elvina Mohamad.
Busana yang digayakan Fasha dikatakan terlalu sendat dan menampakkan bahagian dadanya.
Bertemu dengan pemenang trofi Bintang Filem MeleTOP Anugerah MeleTOP Era 2017 ini di majlis tayangan episod akhir drama bersiri Syurga Yang Kedua yang diadakan semalam, wanita ini mempunyai penjelasan tersendiri.
"Kemungkinan cara foto itu diambil yang membuatkan sesetengah orang mendakwa gambar tersebut seksi. Ia mungkin disebabkan oleh kedudukan kamera.
"Saya sendiri tak perasan foto tersebut seksi dan terus memuat naik foto itu di laman Instagram. Saya sendiri tak tahu ramai yang memperkatakan mengenai foto tersebut sehingga ada yang mengecam.
"Sejujurnya, saya tidak membaca komen yang ditinggalkan netizen. Saya tidak rasa perlu untuk memadamkan foto tersebut dan saya juga tidak akan menutup ruangan komen.
"Saya tak kisah orang nak cakap apa sahaja. Apa yang diperkatakan mereka tidak memberikan kesan kepada saya," kata Fasha.
Menerusi majlis tayangan yang dianjurkan oleh kelab peminat We Love Fasha Sandha dan Elizad Team, pelakon filem Anak Halal itu terharu dengan sokongan yang diberikan oleh peminat.
"Alhamdulillah, kelab peminat saya dan Siti Elizad bergabung untuk menganjurkan majlis ini. Sejujurnya, saya sangat terharu kerana mereka sanggup berkorban tenaga dan wang untuk menganjurkan majlis ini.
"Mereka merupakan tulang belakang dan semangat saya untuk terus memberikan yang terbaik dalam setiap watak yang saya jayakan," katanya lagi.
Teks oleh: Kamaruddin Razal
Live Update: . Majlis Tayangan Episod Akhir Syurga Yang Kedua Anjuran WeLoveFashaSandha Fan Club @wlfs4eva dan Elizad_Team Fan Club @elizad_team @fashasandha @elizadsharifuddin Admin: WLFS - Siti Nurhawa Elizad_Team - Anis Penaja Hadiah: SYUScouture @syuscouture D’Haja @Dhajahq Fellarose @elizadsharifuddin_fellarossehq Official Photographer: @aqoimran Lokasi: The Podium Penchala @kopicair Terima kasih kepada semua yang menjayakan majlis ini. Tahniah kepada semua pelakon yang terlibat. #syurgayangkedua #wlfsxelizad_team
A post shared by Fasha Sandha (@fashasandha) on
Mar 19, 2018 at 5:23am PDT
Syukur Alhamdulillah Terima kasih semua. #syurgayangkedua
Topic Berkaitan
#Bollywood
#Elvina Mohamad
#Fasha Sanda
#foto seksi
#Instagram
#malam berinai
#Nur Fasha Sandha Hassan
#Syurga Yang Kedua
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan