awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PASFA bayar dividen RM1.508 juta kepada 750 peserta tahun ini - Wan Rosdy
MEF sambut baik gesaan kerajaan ke arah ekosistem perniagaan yang lebih kukuh
KBS, JPM Hal Ehwal Agama komited perkukuh pembangunan belia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

'Saya tidak pernah beritahu akan berhenti berlakon, tapi ...' - Syatilla Melvin

Gempak
Gempak
06/08/2018
03:03 MYT
'Saya tidak pernah beritahu akan berhenti berlakon, tapi ...' - Syatilla Melvin
Menurut Syatilla, dia sebaliknya mengambil rehat daripada dunia lakonan untuk memberi tumpuan penuh pada anak sulungnya, Syeriv Samheizy yang kini berusia setahun. - Foto Astro GEMPAK
PELAKON Syatilla Melvin menjelaskan tidak pernah mempunyai rancangan untuk berhenti berlakon.
Menurut Syatilla, dia sebaliknya mengambil rehat daripada dunia lakonan untuk memberi tumpuan penuh pada anak sulungnya, Syeriv Samheizy yang kini berusia setahun.
"Saya tidak pernah memberitahu akan berhenti berlakon sebaliknya buat masa ini saya berehat sebentar bagi memberi tumpuan kepada Syeriv.
"Sudah pasti saya rindu untuk kembali ke set tetapi apabila memikirkan perihal anak, saya lebih rela mengorbankan kerjaya sementara melihatnya membesar.
"Saya tidak mahu terlepas setiap momen indah bersama Syeriv jika saya keluar bekerja.
"Mungkin bila tiba masanya saya akan kembali berlakon semula," katanya kepada Astro Gempak.
Shaheizy Sam dan Syatilla mendirikan rumah tangga pada 8 Februari 2016.
Sam dan Syatilla menyambut kehadiran anak pertama mereka, Syeriv Samheiz pada 9 Mei tahun lalu. - Teks: Rozaimi Zubaidi
Topic Berkaitan
#karier
#selebriti
#Sheriv Samheizy
#Syatilla Melvin
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan