awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Agihan BAP di Melaka dijangka selesai hujung bulan ini
KLIA perkukuh peranan bendung penyeludupan hidupan liar menerusi program kesedaran barisan hadapan
PPM Langkawi patahkan cubaan seludup peranti, cecair vape ke Thailand
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sekuel 'Doctor Strange' raih kutipan pecah panggung AS$185 juta

Astro Awani
Astro Awani
09/05/2022
01:00 MYT
Sekuel 'Doctor Strange' raih kutipan pecah panggung AS$185 juta
"Doctor Strange and the Multiverse of Madness" raih kutipan pecah panggung sehingga AS$185 juta pada hujung minggu pertama di pawagam Amerika Syarikat dan Kanada. -FB Marvel Studios
FILEM sekuel "Doctor Strange and the Multiverse of Madness" raih kutipan pecah panggung sehingga AS$185 juta pada hujung minggu pertama di pawagam Amerika Syarikat dan Kanada.
Kutipan ini menandakan prospek positif tayangan filem musim panas.
Menurut Walt Disney, filem adi wira itu catat kutipan berkenaan melebihi dua kali ganda pembukaan "Doctor Strange" yang pertama, iaitu AS$85 juta pada 2016.
Ia juga merupakan angka pembukaan terbesar tahun ini.
"Doctor Strange" mendahului "The Batman" AS$134 juta dan "Spider-Man: Far from Home" AS$260.1 juta."
Di peringkat antarabangsa, ia menunjukkan prestasi yang lebih baik dengan anggaran kutipan AS$265 juta sejak dibuka pada Rabu.
Secara keseluruhan, "Doctor Strange 2" telah mengutip AS$450 juta.
"The Bad Guys" terbitan Universal dan Dreamworks Animation jatuh ke tempat kedua dengan anggaran kutipan AS$9.8 juta, manakala "Sonic the Hedgehog 2," dari Paramount di tempat ketiga dengan AS$6.2 juta.
Topic Berkaitan
#Pecah Panggung
#AS 185 juta
#Doctor Strange and the Multiverse of Madness
#walt disney
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan