Berita gembira itu dikongsikan sendiri Hanie, 25, menerusi akaun Instagramnya hari ini.
"Alhamdulillah, saya sudah pulang ke Malaysia dan sudah bergraduasi, terima kasih atas doa dan sokongan semua selama ini, ia sangat bermakna buat saya," katanya.
Gambar-gambar Hanie menyarung jubah konvokesyen dan bergambar kenangan bersama rakan-rakannya turut dimuat naik di Instagram.
Malah, fotonya menyarung jubah konvokesye dan meletakkan sekalung bunga merah di mortar board menarik perhatian ramai.
"Intelligent, gorgeous and talented!" puji @julieannekang.
"Salute selebriti macam ni," tambah @ijan2991.
"Congrats Hanie, balik Malaysia nanti buat album baru ye," tulis @muntpgoto.
"Congratulations! Okay, thank you for giving me an inspiration for my upcoming graduation day," tambah @marsyafatima pula.
Hanie yang memiliki vokal persis Amy Mastura sebelum ini pernah mencuri perhatian menerusi single Rasa Sayang dan Pantas sekitar tahun 2016.