SUSULAN dakwaan dan tuduhan yang dinyatakan isterinya aktres Diana Danielle di Insta Story pada Isnin, pelakon Farid Kamil tampil menafikannya.
Farid mendakwa semua tuduhan yang dilemparkan oleh isterinya bercanggah dengan laporan polis yang dibuat olehnya.
“Assalamualaikum sebagai makluman umum di atas kenyataan Diana Lee Beeson di IG story. Semua tuduhan dan fitnah yang direka itu, saya akan kemukakan dan akan diperdengar mahkamah.
“Ini kerana kenyataan Diana yang dipaparkan bercanggah dengan laporan polis telah di buat,” kata Farid.
Terdahulu, Diana mendedahkan suaminya yang juga aktor Farid Kamil sudah tidak membayar nafkah selama empat bulan malah turut berhutang dengannya.
BACA: Diana Danielle dedah Farid Kamil gagal bayar nafkah, mungkir janji bayar semula kos umrah
Farid juga didakwa mungkir janji untuk membayar semula semua kos mereka pergi menunaikan umrah pada Februari lalu malah aktor itu mampu membeli kereta baharu dan cincin kahwin yang hilang.
Pada perkongsian yang sama, Diana mendedahkan anak perempuan mereka, Nur Aurora mengalami trauma rentetan perbuatan Farid menengking dan memarahinya.
Pada 10 Mac lalu, Diana atau nama sebenarnya Diana Danielle Danny Beeson memfailkan permohonan cerai di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari.
Alasan diberikan pelakon filem Imaginur itu adalah tiada persefahaman, sudah berlaku shiqaq atau perbalahan berpanjangan dan tidak dapat lagi hidup bersama sebagai suami isteri.
Bagaimanapun, Farid enggan melafazkan cerai terhadap Diana.
Sehubungan itu, Hakim Syarie, Shukran Yusof memerintahkan Farid dan Diana untuk menjalani proses Jawatankuasa Pendamai (JKP) pada 28 Mac lalu.
Untuk info, Farid dan Diana mendirikan rumah tangga pada 3 November 2012 dan dikurniakan dua cahaya mata iaitu Muhammad, dan Aurora. -- Gempak
Gempak
Tue Apr 04 2023
Pada 10 Mac lalu, Diana atau nama sebenarnya Diana Danielle Danny Beeson memfailkan permohonan cerai di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari.- Gempak
Keluarga mohon bantuan kesan anak dikhuatiri hilang
Anak kedua daripada empat beradik itu dilihat keluar dari rumah pada 20 Feb lalu, kira-kira jam 10.30 pagi dengan menaiki motosikal.
Piala Asia B-23: Indonesia hantar Korea Selatan pulang dari Qatar 2024
Penjaga gol Garuda Muda, Ernando Ari muncul wira selepas menafikan dua sepakan penalti bagi mengakhiri cabaran Young Taegeuk Warriors.
LATAR umum penutupan sementara persimpangan Ijok, Puncak Alam
Penutupan itu untuk memberi laluan kepada kerja-kerja pemasangan rasuk jambatan bagi menyiapkan persimpangan Eco Business Park V.
Sirah Nabi Muhammad SAW akan ‘lebih hidup’ selepas ini…
Penerokaan teknologi ini yang dibuat kerajaan Arab Saudi mampu mencambah pemahaman umat Islam yang mengunjunginya.
Malaysia tidak lupa pengorbanan wira perang Australia dan New Zealand di Sandakan
Katanya, kenangan mengenai tawanan perang yang menderita ketika kejadian kawad maut yang terkenal itu terukir di Taman Peringatan Sandakan.
AWANI Pagi: Kesan kesihatan makan lewat malam
Benarkah dakwaan makan lewat malam boleh mengakibatkan masalah kesihatan dan obesiti, hingga wujud desakan kedai makan 24 jam dilarang beroperasi 24 jam? Ikuti penjelasannya bersama Prof Dr Norhasmah Sulaiman, Profesor Jabatan Pemakanan, Fakulti Perubatan dan Sains, Kesihatan Universiti Putra Malaysia.
Amnesty gesa universiti AS tarik balik tindakan keras terhadap protes Gaza
Dalam satu laporan, badan pemantau hak asasi mengutuk penindasan ke atas pelajar yang melakukan protes terhadap perang di Gaza.
Ruhainies mohon maaf kepada Bella Astillah, luah hasrat untuk bertemu
"Dengan rasa rendah hati, saya ingin mohon maaf kepada Bella Astillah atas segalanya yang telah berlaku."
Universiti perlu tapis aktiviti namun tidak sehingga ganggu keterbukaan, autonomi - Pakar
Abu Hafiz berpandangan ia perlu dilaksana bagi mengelakkan kontroversi khususnya membabitkan isu sensitif serta polisi negara.
'Man Kubur' tolak rasa malu, teruskan legasi ayah hasilkan kepok kubur
Dikman mengakui minat terhadap pembuatan kepok timbul sejak di bangku sekolah rendah lagi apabila sering membantu bapanya di bengkel.
“Saya tak benarkan Diana buat bariatrik” - Farid Kamil
Farid lebih yakin hanya cara semula jadi lebih selamat untuk menurunkan berat badan.
Farid Kamil dedah bagaimana rasa cinta kembali berputik dengan Diana Danielle
Pasangan selebriti tersebut telah rujuk semula pada 31 Ogos 2023.
Farid, Diana sudah lebih 20 hari rujuk semula
"Perkahwinan saya dapat diselamatkan dengan izin Allah. Pengalaman lalu telah mematangkan kami." - Farid Kamil
'Anak-anak doa agar kami tetap satu keluarga' - Diana Danielle ulas isu rujuk dengan Farid Kamil
Menurut Diana, dia sebolehnya mahu menyimpan hal yang baik untuk diri sendiri namun terharu selepas menerima pelbagai reaksi positif ramai apabila videonya bersama Farid tular di media sosial.
Bakal rujuk, netizen berbunga hati tengok Diana dan Farid kembali bersatu
Menerusi laporan media, mereka mengakui bakal kembali bersama dan akan hadir ke mahkamah bagi tujuan rujuk semula.
Ada 'kerabat' dampingi Diana Danielle? Ini komen empunya badan
Diana berkata, dia seboleh-bolehnya tidak mahu memanjangkan soal itu dan mahu fokus pada kerjaya dan anak-anaknya.
Diana Danielle dedah wajah teman yang tangannya dipegang ketika iddah
Diana, 32, menjawab spekulasi mengenai foto yang dikongsi di Instagram baru-baru ini.
'Tak rasa nak rujuk, tak mahu nak pujuk' - Farid Kamil reda, mula kehidupan baharu
Malah Farid berserah pada jodoh jika dia bertemu dengan pengganti suri hidupnya kelak.
'Harap mereka selamat' - Farid Kamil reda serah anak kepada Diana Danielle
Farid mengharapkan dua cahaya matanya Muhammad, 10 dan Nur Aurora, 8, sentiasa berada di bawah perlindungan dan peliharaan Allah SWT.
Diana Danielle dapat hak jagaan penuh anak, segala tuntutan bersama Farid Kamil diselesaikan cara baik
Pelakon Diana Danielle mendapat hak jagaan penuh terhadap dua orang anaknya, Muhammad, 10, dan Nur Aurora, 8.