awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Isu tadbir urus rumah ibadat perlu ditangani tanpa sentimen kaum, agama - Kementerian
Konvensyen PKR Selangor: ‘Yang tak mahu kerja, keluar’ - Anwar
Astro perkasa kebersamaan menerusi 'Assalamualaikum Terengganu' dengan tema 'Bila Bersama Lagi Jadi'
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Diana Danielle dedah wajah teman yang tangannya dipegang ketika iddah

Gempak
Gempak
22/08/2023
07:01 MYT
Diana Danielle dedah wajah teman yang tangannya dipegang ketika iddah
Diana, 32, menjawab spekulasi mengenai foto yang dikongsi di Instagram baru-baru ini. -Gempak
"SAYA pegang tangan Yien," kata ringkas pelakon Diana Danielle kepada Gempak sambil menuding jari ke arah seorang wanita berambut pendek yang berada di tempat duduk pemandu.
Diana, 32, menjawab spekulasi mengenai foto yang dikongsi di Instagram baru-baru ini.
Pelakon Imaginur itu ditanya mengenai hal berkenaan sewaktu ditemui bergegas pulang selepas prosiding tuntutan hadanah di Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam, pada Isnin.
Terdahulu, Diana mengundang perhatian pengikut laman sosial selepas memuat naik fotonya sedang memegang tangan seseorang dengan berbaju tanpa lengan.
Foto itu mendapat kecaman warga maya yang rata-rata berpendapat ibu kepada dua orang anak itu tidak menghormati tempoh iddah selepas bercerai dengan aktor Farid Kamil pada 10 Ogos lalu.
Semalam, Diana mendapat hak jagaan anak sepenuhnya terhadap dua orang anaknya, Muhammad, 10, dan Nur Aurora, 8 oleh hakim Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam, Zulfikri Yasoa pada petang Isnin.
Terdahulu Farid melafazkan cerai talak satu di hadapan Hakim Syarie Syukran Yusof, menerusi Google Meet memandangkan pelakon filem Anwar itu tidak menghadirkan diri ke mahkamah.
Kontroversi rumah tangga pasangan ini timbul selepas Diana memfailkan perceraian di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari pada 10 Mac lalu. -Gempak
Topic Berkaitan
#Diana Danielle
#Farid Kamil
#Yien
#pegang tangan ketika iddah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan