awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kes kartel tipuan bida: Enam perusahaan berdepan penalti kewangan - MyCC
Ayam Belanda halal dari Rusia selamat, berkualiti - Mohamad
Banci: Guna tenaga sektor pertanian cecah 1.7 juta, jana pendapatan RM186.4 bilion
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Seniman serah deklarasi bantahan kepada SUHAKAM

Hilal Azmi
Hilal Azmi
16/08/2016
13:32 MYT
Seniman serah deklarasi bantahan kepada SUHAKAM
Baha Zain (berbaju coklat) menyerahkan Deklarasi Puncak Purnama kepada Yim Pheng di sini hari ini. - Gambar Astro AWANI/Shahir Omar
Kira-kira 200 aktivis seni dan sastera berarak berarak dari depan pusat beli belah Sogo ke ibu pejabat Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (SUHAKAM) sebagai langkah protes dengan tindakan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) yang merobohkan arca Puncak Purnama pada 1 Julai lalu.
Kumpulan yang menamakan mereka sebagai Jawatankuasa Sementara Deklarasi Puncak Purnama yang diketuai Sasterawan Negara, Datuk Baharuddin Zainal atau Baha Zain menyerahkan Deklarasi Puncak Purnama kepada Pesuruhjaya Suhakam, Datuk Lok Yim Pheng pada 2.30 petang Selasa.
Turut hadir, tokoh-tokoh seni dan budaya yang menganggap tindakan merobohkan arca tersebut sebagai titik hitam dalam sejarah seni rupa Malaysia.
Wakil Jawatankuasa tersebut, Nur Hanim Khairuddin memberitahu Astro Awani, deklarasi bantahan ini akan diteruskan kepada pihak berwajib lain seperti Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan, UNESCO dan beberapa pihak lain.
"Deklarasi bantahan itu turut mendesak campur tangan dan pendirian daripada Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan berhubung pendirian kerajaan ke atas kesenian dan kebudayaan tempatan," katanya.
Gambar Astro AWANI/Shahir Omar
Uwei (kiri) menunjukkan tekstil kepada seorang aktivis seni di sini hari ini. - Gambar Astro AWANI/Shahir Omar
Jawatankuasa ini turut menyeru agar kerajaan Malaysia menandatangani Kovenan Antarabangsa Hak-hak Ekonomi, Sosial dan Budaya di bawah Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) yang memperakui hak setiap orang untuk memperoleh manfaat dari perlindungan atas kepentingan moral dan material yang timbul dari karya ilmiah, sastera dan seni yang diciptakan.
Selain itu, mereka turut menyeru agar pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur untuk melantik satu lembaga penasihat khas berkaitan perkara kesenian yang terdiri daripada wakil Balai Seni Visual Negara, seniman dan pereka mapan, budayawan, dan tenaga akademik dari universiti tempatan untuk bekerjasama dalam perancangan berkaitan hal kesenian dan kebudayaan.
Topic Berkaitan
#arca puncak purnama
#DBKL
#PBB
#Suhakam
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan