awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Amaran PBB: Keganasan di Myanmar memuncak menjelang pemilihan di bawah kawalan tentera
Trump didakwa naik jet peribadi Epstein lapan kali pada 1990-an – Dokumen DOJ
[KOLUMNIS] Pengesanan awal penyakit buah pinggang cegah beban sektor kesihatan yang kian nazak
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

'Sepet The Musical' ditayangkan di Youtube selama seminggu mulai hari ini

Astro Awani
Astro Awani
01/05/2020
05:26 MYT
'Sepet The Musical' ditayangkan di Youtube selama seminggu mulai hari ini
Rakaman persembahan -Sepet The Musical- pada 21 September tahun lalu itu menampilkan lakonan bintang muda Joshua Gui dan Badrika Bahadur. - Gambar fail
Buat peminat filem arahan Allahyarham Yasmin Ahmad, ini peluang terbaik buat anda untuk menonton "Sepet The Musical" secara percuma di Youtube mulai malam ini (1 Mei) sehingga 9 Mei bermula 9 malam.
"Sepet The Musical" merupakan adaptasi daripada filem Sepet lakonan asal Sharifah Amani dan Choo Seong Ng yang merupakan antara naskhah cemerlang pernah dihasilkan Yasmin semasa hayat beliau.
Pementasan yang diterbitkan oleh anak-anak muda berbilang kaum, Liver & Lung Productions ini boleh di strim secara percuma di akaun Youtube produksi itu.
Selain itu, peminat juga berpeluang menonton sesi diskusi secara langsung bersama krew-krew kreatif di sebalik tabir pada 2 Mei bermula 9 malam.
Rakaman persembahan Sepet The Musical pada 21 September tahun lalu itu menampilkan lakonan bintang muda Joshua Gui dan Badrika Bahadur.
Filem berkenaan pernah meraih tujuh anugerah utama pada Festival Filem Malaysia Ke-18 pada 2005 termasuk merangkul anugerah Pengarah Terbaik dan Filem Terbaik.
Untuk maklumat lanjut, sila layari www.liverandlung.com.
Topic Berkaitan
#Badrika Bahadur
#COVID-19
#Festival Filem Malaysia ke-18
#filem
#Joshua Gui
#Malaysia
#Sepet The Musical
#Yasmin Ahmad
#YouTube
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan