BEBERAPA pelakon tersohor Bollywood termasuk Shah Rukh Khan dan Katrina Kaif dilaporkan positif COVID-19.
Shah Rukh Khan dilaporkan dijangkiti virus tersebut, semalam. Katrina pula telah positif COVID-19 beberapa hari lalu sehingga terpaksa membatalkan kehadirannya di IIFA 2022 untuk menjadi saksi terhadap kemenangan suaminya, Vicky Kaushal sebagai Aktor Terbaik.
“Baru mendapat berita duta kami, Shah Rukh Khan dijangkiti COVID 19. Doakan semoga beliau cepat sembuh,” cuit Ketua Menteri West Bengal, Mamata Banerjee di Twitter.
Selain Shah Rukh Khan dan Katrina, Katrik Aaryan juga dilaporkan positif COVID-19 dan terpaksa membatalkan pembabitannya di India Pavilion di Cannes Film Festival.
Turut dilaporkan positif COVID-19 adalah aktor Aditya Roy Kapur dan Akshay Kumar, lapor media tempatan.
Namun demikian, sehingga artikel ini ditulis belum ada kenyataan rasmi yang dikeluarkan Shah Rukh Khan mengenai dirinya dijangkiti virus yang masih mencecah angka ribuan kes di Mumbai sahaja.
Selepas tersebarnya berita beberapa selebriti Bollywood dijangkiti COVID 19, ada pihak yang membuat spekulasi mereka mendapatkan virus tersebut selepas hadir ke parti meraikan ulang tahun ke-50 pengarah Karan Johar.
Parti ulang tahun Karan diadakan di Yash Raj Film Studio di Mumbai pada 25 Mei lalu. Hampir 10 hari kemudian, dilaporkan sekurangnya 50 tetamu yang hadir ke parti tersebut telah dijangkiti COVID 19.
Hal itu sekali gus membuat pelbagai pihak menyifatkan parti Karan telah mencetuskan kluster baharu COVID-19 dalam kalangan karyawan seni Bollywood.
BACA: Muncul parti hari lahir berantai salib, netizen keliru apa agama Aryan Khan sebenarnya?
Namun, spekulasi tersebut disahkan sebagai tidak berasas.
“Laporan mengenai hampir 50 orang dijangkiti COVID -9 selepas menghadiri parti Karan adalah mengarut.
“Parti itu telah berlangsung 10 hari lalu dan setakat ini hanya Aditya Roy Kapur yang disahkan positif,” kata seorang sumber kepada India Today.
Sumber yang sama menambah, selepas hadir ke parti Karan, kebanyakan tetamu telah menjalani rutin harian seperti biasa seperti pergi bekerja dan melakukan komitmen yang mungkin melibatkan mereka perlu mengembara.
“Sebab itu mengaitkan ramai selebriti India mendapat COVID-19 dari parti Karan adalah tidak berasas,” jelasnya lagi.
*Artikel asal disiarkan di Gempak
Gempak
Mon Jun 06 2022

Pelbagai pihak menyifatkan parti pengarah Karan Johar telah mencetuskan kluster baharu COVID-19 dalam kalangan karyawan seni Bollywood. - Gambar fail

SC cadang perkenal mekanisme pindahan diperkemas ke pasaran utama
Suruhanjaya Sekuriti Malaysia merancang untuk memperkenalkan mekanisme pindahan diperkemas yang akan membolehkan syarikat pasaran ACE berkelayakan berpindah ke Pasaran Utama mulai 2024.

Malaysia catat pelaburan diluluskan bernilai RM225 bilion pada Jan-Sept 2023, naik 6.6 peratus - MIDA
Sektor perkhidmatan menyumbang RM117.7 bilion, diikuti sektor pembuatan RM99.8 bilion dan sektor utama bernilai RM7.5 bilion.

Nestle Malaysia, PBSMM sumbang 4,000 kotak bantuan kepada mangsa banjir
Nestle komited untuk menyokong sekali gus menghulurkan bantuan menerusi pelbagai program terutama kepada mereka yang terkesan akibat banjir.

Terengganu sertai 36 jenis sukan di SUKMA 2024
Terengganu akan menyertai 36 daripada 37 jenis sukan yang dipertandingkan pada temasya Sukan Malaysia (SUKMA) di Sarawak, Ogos tahun depan.
Boris Johnson kesal atas kehilangan nyawa ketika pandemik
Bekas Perdana Menteri Britain, Boris Johnson pada Rabu memohon maaf dan kesal atas kehilangan nyawa ketika pandemik COVID-19.
Hubungan erat Rusia-UAE tidak pernah berlaku sebelum ini - Putin
Hubungan antara Rusia dan Emiriah Arab Bersatu berada pada tahap tinggi yang tidak pernah berlaku sebelum ini, kata Presiden Rusia Vladimir Putin.

Orang Asli kita juara sebenar isu perubahan iklim - Pemangku Raja Pahang
Pahang mempunyai 80,000 penduduk Orang Asli daripada pelbagai suku, yang mendiami kawasan hutan di negeri berkenaan.
Situasi semasa di Gaza semakin teruk setiap jam
Pegawai WHO di Gaza memberitahu situasi semasa wilayah itu semakin teruk setiap jam susulan pengeboman bertubi-tubi rejim zionis di sekitar bandar Khan Younis dan Rafah.
#IsraelCuak
#IsraelCuak
Wanita maut, dua remaja lelaki cedera dalam tembakan di London
Seorang wanita terbunuh manakala dua lagi cedera dalam kejadian tembakan di Hackney, London.
17 maut bas terbabas ke gaung di Filipina
Sekurang-kurangnya 17 penumpang terbunuh manakala tujuh lagi kritikal, apabila bas dinaiki mereka terbabas di ‘selekoh maut’ sebelum terjunam dalam gaung di kaki sebuah gunung di tengah Filipina.

'Ini bukan filem My Name Is Khan' - Netizen luah pandangan isu kahwin anak Zarina Zainuddin
Menerusi perkongsian yang dibuat di Instagram, Zarina turut memanjangkan harapannya supaya wanita yang bakal bergelar menantunya itu dapat memberikan kasih sayang, menjaga makan minum dan ikhlas

Selebriti terkenal India ucap tahniah atas kejayaan misi Chandrayaan-3
Susulan kejayaan kapal angkasa milik India menjadi negara pertama mendaratkan kapal angkasa di kutub selatan bulan hari ini, sebilangan besar selebriti dari India mengucapkan tahniah.

Shah Rukh Khan lakukan pembedahan hidung di Amerika Syarikat
Shah Rukh Khan dikatakan telah mengalami kemalangan sewaktu terbabit dalam sebuah projek yang dijalankan di Los Angeles.

Shah Rukh Khan didakwa beri 'duit kopi' RM13 juta gugur kes dadah anak
SRK dikatakan menawarkan wang berjumlah 250 juta rupee (kira-kira RM13 juta) kepada seorang pegawai bernama Sameer Wankhede.

Terdesak nak jumpa Shah Rukh Khan, peminat panjat banglo Raja Bollywood
Kediaman Shah Rukh Khan memang sering dikunjungi peminat untuk sekadar mengambil gambar atau 'selfie'.

Filem Pathaan lakonan Shah Rukh Khan pecah rekod, kutip RM130 juta dalam lima hari
Pathaan merupakan filem lakonan Shah Rukh Khan yang amat dinanti-nantikan oleh peminat di seluruh dunia dalam tempoh empat tahun.

'Tahniah, anak Rahul dah besar' - Anjali Kuch Kuch Hota Hai kini bertunang
Pelakon yang terkenal dengan watak kanak-kanak bernama Anjali dalam filem Bollywood Kuch Kuch Hota Hai iaitu Sana Saeed kini selamat bertunang.

"Sepanjang hidup, saya teringin ke Mekah" - DJ Khaled dan Mike Tyson tunai umrah
Legenda sukan tinju, Mike Tyson bersama selebriti terkenal Hollywood, DJ Khaled kini berada di Mekah untuk menunaikan Umrah.

Shah Rukh Khan tunai umrah
Perkongsian foto pelakon terkenal itu di Masjidilharam menarik perhatian peminat-peminatnya di seluruh dunia.

Rai ulang tahun ke 57, lautan manusia banjiri kediaman Shah Rukh Khan
Ribuan peminat berkumpul sejak awal pagi menanti kehadiran aktor kesayangan mereka memberi lambaian istimewa dan mengambil gambar.