awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Nama anak boleh ditolak JPN? Fakta penting dan mengejutkan yang mama papa wajib tahu
SAR lelaki hilang ketika memancing dihentikan
COP30: TNB pengupaya utama pacu kerjasama tenaga menerusi Grid Kuasa ASEAN
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Muncul parti hari lahir berantai salib, netizen keliru apa agama Aryan Khan sebenarnya?

Gempak
Gempak
05/06/2022
02:00 MYT
Muncul parti hari lahir berantai salib, netizen keliru apa agama Aryan Khan sebenarnya?
Kemunculan anak teruna Shah Rukh Khan, Aryan Khan ke parti hari jadi pengarah popular Karan Johar pada minggu lalu menarik perhatian ramai. -Gempak
KEMUNCULAN anak teruna Shah Rukh Khan, Aryan Khan ke parti hari lahir pengarah popular Karan Johar pada minggu lalu menarik perhatian ramai.
Mana tidaknya, Aryan muncul dengan gaya smart casual itu mengenakan seutas rantai leher berbentuk salib.
"Bukankah kamu muslim?
"Aryan Khan akan ikut agama Shah Rukh Khan bukan?" soal beberapa pengguna di media sosial.
Malah, wajah ketat Aryan sepanjang acara berlangsung turut menjadi buah mulut netizen.
"Mengapa Aryan tak pernah senyum?"
"Kalau wang tak boleh beli kebahagiaan, setidak-tidaknya senyumlah," coret beberapa pengguna media sosial.
Sebelum ini, ibunya Gauri Khan memberitahu Aryan akan mengikut fahaman agama Shah Rukh Khan iaitu Islam.
Tindakan Aryan memakai kalung aksesori itu sedikit sebanyak telah mencetuskan kekeliruan dalam kalangan peminatnya dan mahukan pengesahan daripada empunya diri.
Sepanjang berada di parti terbabit, Aryan dilihat meluangkan masa bersama Janhvi Kapoor, Ananya Panday dan Shanaya Kapoor selain berkongsi foto bersama Parineeti Chopra.
Parti hari jadi Karan Johar itu turut disertai barisan artis terkenal Bollywood seperti Kareena Kapoor, Hrithik Roshan, Rani Mukherjee, Aishwarya Rai, Preity Zinta dan Madhuri Dixit.
Terdahulu, Aryan khan bebas daripada tuduhan memiliki dadah oleh The Narcotics Control Bureau (NCB) susulan penangkapannya di kapal layar mewah pada Oktober 2021.
*Artikel asal disiarkan di Gempak
Topic Berkaitan
#Shah Rukh Khan
#Aryan Khan
#Karan Johar
#memakai salib
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan