awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Suspek utama kes Suri Narudin dituduh esok
Dua beranak rentung: Lelaki terlibat dalam kebakaran didakwa esok
Rakyat Malaysia hadapi kesukaran berpindah dinasihat hubungi kedutaan di Phnom Penh
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Shaheizy Sam menang Pelakon Lelaki Terbaik AIFFA

Aizat Sharif
Aizat Sharif
30/03/2013
23:55 MYT
Shaheizy Sam menang Pelakon Lelaki Terbaik AIFFA
Pelakon sensasi negara, Shaheizy Sam meraih kemenangan di Anugerah dan Festival Filem Antarabangsa Asean 2013 (AIFFA 2013) apabila dinobatkan sebagai Pelakon Lelaki Terbaik menerusi filem ‘Songlap’.
Aktor berusia 31 tahun itu menewaskan empat lagi aktor serantau dari Indonesia, Filipina dan Singapura termasuk pelakon terkenal Filipina, Jericho Rosales dan aktor Singapura, Gurmit Singh.
Majlis yang berlangsung di Kuching, Sarawak itu turut menyaksikan karya anak seni Malaysia pulang bergaya apabila memenangi beberapa anugerah utama antaranya Filem Terbaik Aksi (Songlap), Filem Terbaik Komedi (Istanbul Aku Datang) dan Lakon Layar Terbaik (Bunohan).
Selain itu juga, penghargaan diberikan kepada karyawan Malaysia melalui Anugerah Penghormatan Khas untuk filem ‘Hanyut’ dan Anugerah Sepanjang Hayat kepada aktres terkenal antarabangsa kelahiran Ipoh, Perak iaitu Datuk Seri Michelle Yeoh.
Delegasi Malaysia diwakili oleh para pelakon dan pengarah filem seperti Sofia Jane, Nancie Foo, Radhi Khalid, Julia Ziegler, Vanidah Imran, Tony Eusoff, Shaheizy Sam, Esma Daniel, Pekin Ibrahim, Dain Said dan Pansha.
AIFFA yang berlangsung dari 28 Mac merupakan acara julung kalinya diadakan dengan kerjasama Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Malaysia, Kementrian Luar Negeri Malaysia dan Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS).
Festival filem ini turut menarik penyertaan penggiat seni perfileman serantau seperti Indonesia, Vietnam, Singapura, Filipina, Myanmar dan Brunei.
Berikut adalah senarai pemenang AIFFA 2013
Senarai pemenang AIFFA 2013:
Pengarah Terbaik Riri Riza (Atambua 39 Degree Celsius - Indonesia)
Filem Terbaik Aksi: Songlap (Malaysia) Drama: Sta. Nina (Filipina) Komedi: Istanbul Aku Datang (Malaysia)
Pelakon Wanita Terbaik Alessandra De Rossi (Sta. Nina - Filipina)
Pelakon Lelaki Terbaik Shaheizy Sam (Songlap)
Pelakon Pembantu Wanita Terbaik Anita Linda (Sta. Nina - Filipina)
Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik Bugoy Carino (Alagwa - Filipina)
Lakon Layar Terbaik Bunohan (Malaysia)
Suntingan Terbaik Sang Martir - Cesa David Luckmansyah (Indonesia)
Sinematografi Terbaik Rayya (Indonesia)
Anugerah Khas Juri Kayan Beauties (Myanmar) Rectoverso (Indonesia) Ada Apa Dengan Rina (Brunei) Taxi! Taxi! (Singapura)
Anugerah Penghormatan Khas Hanyut (Malaysia)
Anugerah Sepanjang Hayat Datuk Seri Michelle Yeoh (Malaysia)
ASEAN Spirit Award Cinta Tapi Beda (Indonesia)
Topic Berkaitan
#AIFFA 2013
#festival
#filem
#Kuching
#Malaysia
#Shaheizy Sam
#songlap
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan