awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
FAMA perluas rangkaian Kopiesatu, buka peluang keusahawanan dan ekonomi setempat
AstraZeneca jalin kerjasama dengan syarikat China untuk ubat turunkan berat
Sabah dalam proses dapatkan pensijilan MS ISO 9001:2015 dan ABMS 37001:2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Shahronizam bakal jalani pembedahan tumor esok, Azhan Rani sebak titip doa

Gempak
Gempak
28/10/2025
09:09 MYT
Shahronizam bakal jalani pembedahan tumor esok, Azhan Rani sebak titip doa
Menurut Azhan, doktor telah mengesahkan kewujudan tumor tersebut yang terletak di bahagian 'scapula' kanan dan akan dibuang melalui pembedahan berkenaan. - Sumber foto IG Azhan Rani
PELAKON Shahronizam Noor bakal menjalani pembedahan membuang tumor di bahagian bahu belakang kanan di Hospital Kuala Lumpur (HKL), di ibu negara, pagi esok.
Perkara itu dikongsikan oleh rakan artis, Azhan Rani, menerusi satu hantaran di laman Instagram miliknya.
Dalam hantaran tersebut, Azhan memuat naik beberapa keping gambar bersama Shahronizam yang dilihat memakai pakaian hospital, selain turut dilihat kehadiran pelakon Zaidi Omar yang menziarahi sahabat mereka di hospital berkenaan.
Azhan turut berkongsi sekeping gambar contoh yang menunjukkan lokasi tumor yang bakal dibedah.
"Ini bukan shooting. Ini real. Kuat la sahabatku. Mohon yang mengenali beliau, sama sama doakan agar dia kuat dan pembedahan yang dijadualkan esok pagi di (HKL) berjalan dengan lancar," tulisnya.
Menurut Azhan, doktor telah mengesahkan kewujudan tumor tersebut yang terletak di bahagian 'scapula' kanan dan akan dibuang melalui pembedahan berkenaan.
"Satu lagi ujian besar untuk dia, baru dapat tau semalam. Doktor sahkan di bahagian 'scapula' (belakang bahu) kanan ada tumor.
Dalam pada itu, Azhan turut menitipkan doa agar sahabatnya diberikan kekuatan dan kesembuhan segera.
"Pembedahan esok akan menyebabkan bahagian bawah scapula kanan dia kan dipotong. Semoga Allah lindunginya, diberikan kesembuhan segera serta beroleh rezeki yang lebih baik selepas ini. Terus tabah dan kuat sahabatku.
Terdahulu, Shahronizam disahkan menghidap tumor di bahagian kanan belakang badannya setelah mula mengadu sakit sejak beberapa tahun lalu.
Shahronizam disahkan dengan penyakit itu setelah melalukan pemeriksaaan pada 18 Ogos lalu di HKL.
Artikel asal ini diterbitkan di portal Astro Gempak
Topic Berkaitan
#Shahronizam Noor
#Azhan Rani
#tumor
#Shahronizam menghidap barah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan