Kesihatan Bidunita Negara, Datuk Sharifah Aini atau lebih mesra dengan panggilan Kak Pah, berpunca daripada sering berhadapan dengan khalayak ramai sehingga dirinya terdedah kepada bahaya jangkitan luar.
Penyanyi yang terkenal dengan lagu 'Seroja' dan 'Bunga Melur' ini telah dimasukkan ke unit rawatan rapi (ICU) di Pusat Perubatan KPJ Damasara sejak Isnin selepas mengalami kesukaran bernafas akibat fibrosis paru-paru.
“Kak Pah sedar yang dia ada masalah dengan paru-parunya. Tapi, dia tetap mahu berhadapan dengan khalayak ramai dan mendedahkan paru-parunya pada bahaya jangkitan luar.
"Jika dia berpelukan dengan orang yang ada selesema, beliau boleh dijangkiti dan ia akan menganggu paru-parunya. Akibatnya, Kak Pah akan dimasukkan ke hospital keesokan hari," menurut Syed Tahir Syed Jaafar, iaitu adik tiri kepada Kak Pah ketika ditemubual oleh hlive.
Menurut Syed Tahir, Kak Pah telah mula menjalani rawatan sejak enam bulan lalu dan ahli keluarganya telah membuat beberapa perbincangan sempena Ramadan.
“Kali terakhir kami berjumpa dia sedang menantikan ketibaan Ramadan dan juga merancang untuk meraikan ulang tahunnya yang ke-61 bersama para peminat.
Kak Pah adalah seorang wanita yang disayangi semua dan saya rindukan pelukan dan ciumannya. Dia seperti orang yang sedang tidur. Saya tertanya, bila agaknya saya dapat peluk dia lagi sekali,” kata Syed Tahir sebak.
Sebagai adik, Syed Tahir juga terkilan dengan spekulasi orang ramai sehingga menyebarkan berita tidak benar tentang kesihatan Kak Pah di media sosial. Dia bagaimanapun meminta bantuan orang ramai untuk mendoakan kesihatan Kak Pah agar pulih seperti biasa.
“Saya seru peminat-peminat yang prihatin tentang kesihatan Kak Pah untuk memberikan dia ruang untuk pulih. Saya juga minta orang ramai tidak membuat spekulasi.
“Malah saya baru sahaja ditanyakan rakan saya di Singapura tentang berita yang lebih buruk telah sampai ke telinganya,” ulas Syed Tahir mewakili seluruh ahli keluarganya.
Sementara itu, pakar perunding pernafasan Datuk Dr Zainuddin berkata, keadaan Kak Pah semakin stabil dan beliau telah menunjukkan sedikit peningkatan secara menyeluruh.
Kak Pah kini masih dirawat di unit rawatan rapi di pusat perubatan tersebut.
Hafidah Samat
Wed Jul 02 2014
SYED TAHIR: Kak Pah disayangi semua, dia seperti orang yang sedang tidur. -Foto h!live
Protes diteruskan hingga Suk Yeol dipecat
Para penunjuk perasaan kekal mengadakan protes di bandar Seoul agar Presiden Yoon Suk Yeol dipecat daripada jawatannya.
Cubaan serbu pejabat Presiden Yoon Suk Yeol gagal
Menurut media tempatan, pihak polis tidak dapat memasuki bangunan utama kerana gagal mencapai persetujuan dengan pihak perkhidmatan rahsia mengenai kaedah penggeledahan dan penyitaan.
Bekas Menteri Pertahanan Korea cuba bunuh diri
Menurut Ketua Pesuruhajaya Perkhidmatan Korea, Shin Yong Hae pada Rabu, Kim kini sedang menerima rawatan susulan dan berada dalam keadaan stabil.
Seorang menteri Afghanistan terbunuh dalam letupan
Seorang menteri utama dalam pentadbiran sementara Taliban Afghanistan terbunuh pada Rabu dalam letupan di ibu negara Kabul.
PBB akan undi gencatan senjata segera dilaksanakan
Resolusi itu juga menuntut pembebasan semua tebusan dan akses tanpa halangan untuk bantuan kemanusiaan kepada Gaza.
Fenomena La Nina berkembang lebih 50 peratus hingga Feb 2025
Kemungkinan lebih 50 peratus fenomena La Nina dilaporkan akan berkembang dalam tempoh tiga bulan mendatang.
127 terbunuh dalam dua hari di Sudan
Terbaharu pada Selasa, kumpulan hak asasi manusia, Emergency Lawyers memaklumkan sekurang-kurangnya 20 termasuk 14 orang yang menaiki bas terbunuh di Omdurman, Sudan.
Suspek bunuh CEO bakal mohon esktradisi
Menurut peguam Luigi Mangiyone, Thomas Dickey, pihaknya akan melakukan permohonan itu mengikut peraturan undang-undang perlembagaan.
[TERKINI] Harimau Malaya raih tiga mata berharga, tewaskan Timor Leste
Skuad Harimau Malaya mencatatkan kemenangan pertama kumpulan A dalam saingan Piala ASEAN 2024 selepas menewaskan Timor Leste 3-2.
Astro sambung hak eksklusif EPL hingga 2027/28
Selain siaran langsung, Astro turut akan menerbitkan kandungan istimewa seperti wawancara eksklusif dan siri "From KL to PL" yang akan ditayangkan pada Januari 2025.
Bakar pentas berang artis tak muncul buat persembahan
Penonton ternyata kecewa kerana tiket konsert berkenaan telah mereka beli sejak enam bulan yang lalu.
Artis berstatus suami orang, pelakon wanita dicekup berkhalwat?
Tangkapan dibuat Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) berdasarkan maklumat orang awam.
FENIX360 perkasa golongan artis melalui revolusi landskap kreatif
FENIX360 mengubah cara artis berhubung dengan penonton, berkolaborasi dengan rakan sekerja, dan mengekalkan kerjaya kreatif mereka.
#GengSubuhMacamJumaat: Bukan kepentingan peribadi, ini perkara paling asas - Alif Satar
Alif tidak merasakan gerakan itu sebagai miliknya secara peribadi, tetapi ia adalah milik setiap individu yang sedang berusaha ke arah memperbaiki diri menjadi umat Islam yang lebih baik.
Temui figura Islam, artis terkenal di Datum Munajat
DCI menganjurkan himpunan figura Islam seperti Habib Nael Ben Taher, Habib Husein Jafar, Syeikh Muhammad Siddiq dan Anas Abu Jaish.
Atas Angin Festival 2023 mahu lakar sejarah sebagai festival indie terbesar di Malaysia
Bertempat di Rooftop @ 7 Mytown Cheras, festival itu bakal dijayakan 75 artis, berlangsung selama 15 jam dan beraksi di empat pentas.
'Sudah tiada lagi air mata untuk menangis' - Zaiton Sameon kongsi kisah hidup
Apa yang membuatkan Zaiton lebih sedih apabila ada pihak mendakwa dia sudah tidak boleh menyanyi lagi.
Lenjan artis kerja 20 jam...?
PTVM ingin menegur sikap Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (FINAS) yang bagaikan tidak memahami masalah sebenar industri.
Perkeso dan Profima meterai MoU, lindungi penggiat seni di bawah SKSPS
Perkeso hari ini memeterai MoU dengan Persatuan Pekerja Profesional Filem Malaysia (Profima) menerusi Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri (SKSPS).
Aizat Amdan umum tarikh perkahwinan, dedikasi lagu buat bakal isteri
Penyanyi Aizat Amdan, 33, mengumumkan bakal melangsungkan perkahwinannya dengan wanita pilihannya bernama Elyssa Alia Ilias, 34.