awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Arab Saudi catat lebih 11.9 juta jemaah umrah pada bulan Jumada al-Akhirah
UNMISS: 13 Pegawai PDRM selamat tiba di tanah air dari Sudan Selatan
Kanak-kanak 10 tahun maut dalam kemalangan di Kuala Krai
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sharifah Amani bergelar isteri Ahmed Faris

Astro Awani
Astro Awani
10/09/2022
03:20 MYT
Sharifah Amani bergelar isteri Ahmed Faris
Ahmed Faris menyerahkan mas kahwin bernilai RM300, serta lima dulang hantaran, kepada Sharifah Amani. - Foto Astro AWANI
KUALA LUMPUR: Pelakon terkenal Sharifah Amani Syed Zainal Rashid hari ini menamatkan zaman bujang selepas menikahi Ahmed Faris Amir.
Pelakon yang sangat masyhur menerusi filem 'Sepet' itu disatukan dengan pasangannya dalam majlis akad nikah di sebuah premis acara perkahwinan di sini, sekitar pukul 10.15 pagi ini.
Dengan hanya sekali lafaz, Sharifah Amani yang mesra disapa Nani, kini memikul tanggungjawab baharu sebagai orang rumah kepada Ahmed Faris yang juga Ketua Pegawai Eksekutif Impact Integrated.
Pasangan berkenaan dinikahkan bapa Sharifah Amani sendiri, Syed Zainal Rashid Syed Zainal Abidin.
Majlis pernikahan yang diadakan secara tertutup itu dihadiri kira-kira 200 tetamu yang terdiri daripada ahli keluarga dan teman rapat.
Foto Astro AWANI
Foto Astro AWANI
Pasangan pengantin bagaimanapun merahsiakan jumlah wang hantaran atas permintaan keluarga kedua belah pihak.
Pengantin lelaki turut menyerahkan mas kahwin bernilai RM300 dan lima dulang hantaran berbalas tujuh.
Foto Astro AWANI
Foto Astro AWANI
Antara yang turut hadir pada majlis tersebut ialah Ahli Parlimen Muar Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, Ahli Parlimen Lembah Pantai Fahmi Fadzil, juga rakan artis termasuk pelakon teater Jo Kukathas, Iedil Zuhri, Prisia Nasution, Nadiya Nisaa’, Megat Shahrizal, Nadia Aqilah, Sherry Alhadad, serta ramai lagi.
Pasangan mempelai juga bakal diraikan dalam satu majlis resepsi di lokasi sama malam ini.
Foto Astro AWANI
Foto Astro AWANI
Topic Berkaitan
#majlis akad nikah
#Sharifah Amani
#Ahmed Faris Amir
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan