awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
Empat hektar hutan simpan di Banting terbakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sharnaaz putuskan hubungan kerana cinta terhalang

Astro Awani
Astro Awani
13/02/2013
09:04 MYT
Sharnaaz putuskan hubungan kerana cinta terhalang
Kontroversi Shila Amzah yang berlangsung sepanjang minggu ini menemui penghujungnya apabila Sharnaaz Ahmad membuat keputusan untuk memutuskan kisah percintaan diantara mereka.
Pelakon filem “Juvana” itu memberikan kenyataannya kepada sebuah akhbar bahawa enggan dikaitkan lagi dengan keluarga Shila.
Menurut Sharnaaz, dia mahu melupakan segala yang berlaku diantara Shila Amzah dan sudah hilang perasaan hormat kepada bapa Shila, N.D Lala.
“Apa yang berlaku kepada penyanyi itu serta keluarganya adalah bukan lagi menjadi urusannya,” ujar pelakon itu.
Sharnaaz turut merasakan N.D Lala terlalu ego sehingga tidak memberikan peluang kepada Shila membuat keputusan tentang masa depannya.
Sementara itu, pada isnin lalu N.D Lala melarang Shila dari ditemu bual media pada majlis rumah terbuka satu Malaysia sempena Tahun Baru Cina di Pulau Pinang.
Menyatakan bakal membuat sidang media tidak lama lagi, Shila akhirnya pulang ke pangkuan keluarga selepas enam hari menghilangkan diri.
Semasa persembunyiannya, shila sempat memuat naik rakamannya di laman youtube sambil menangis teresak-esak ketika menyanyikan lagu "Ombak Rindu".
Sharnaaz sebelum ini berhajat merisik Shila pada bulan Mac, tetapi membatalkan niatnya selepas N.D Lala dan isteri tidak bersetuju.
Topic Berkaitan
#N.D Lala
#Ombak Rindu
#Sharnaaz Ahmad
#Sheila Amzah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan