KUALA LUMPUR: Lebih 40 tahun dalam industri seni, pengarah dan penerbit Datuk Yusof Haslam yang sinonim dengan drama dan filem kepolisan menyifatkan buah tangan terbaharu produksinya, 'Sheriff' sebagai karya genre paling jujur pernah dihasilkan.
Mengetengahkan sisi gelap dunia kepolisan, Pengerusi Skop Productions Sdn Bhd (Skop Productions) yang juga Penerbit Eksekutif Bersama filem berkenaan berkata keterbukaan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dengan memberikan 'lampu hijau' dalam pembikinan filem arahan Shafiq Yusof itu telah melancarkan proses penghasilannya.
"Sepanjang menghasilkan filem dan drama kepolisan, setiap skrip dinilai pihak polis, (kalau dulu) memang tak boleh menunjukkan sisi gelap, memang tak bagi dan skrip kena ubah.
"Jalan cerita filem ini lain daripada apa yang saya pernah buat, bukan macam zaman saya buat Gerak Khas dulu, mesejnya kita boleh hadam sendiri, " katanya pada malam gala filem berkenaan malam tadi.
Penerbit drama bersiri Gerak Khas sejak 1999 itu juga menyifatkan penghasilan filem dibintangi pelakon Zul Ariffin, Syafiq Kyle, Datuk Aaron Aziz, Azira Shafinaz dan Elizabeth Tan juga sebagai antara anjakan paradigma dalam penghasillan filem aksi tempatan.
Sementara itu, Shafiq menyifatkan filem aksi ngeri yang menelan belanja RM6 juta itu sebagai karya paling susah dihasilkan selepas filem KL Special Force (2018), Abang Long Fadil (2014) dan Polis Evo 3 (2023) kerana mengambil masa penggambaran selama 81 hari.
Syafiq juga mendedikasi karya berkenaan kepada Yusof kerana menjadi individu penting dalam menyumbang idea asal.
"Saya nampak filem ini sangat penting untuk dia (Yusof) yang telah terlibat 40 tahun buat filem, tiap-tiap malam saya nampak dia tulis cerita polis... jadi saya tanya nak buat cerita polis apa lagi, dia cakap temanya integriti, dari situ saya kembangkan tetapi ini merupakan filem dia," katanya.
Filem Sheriff terbitan dua studio gergasi tanah air, Skop Productions dan Astro Shaw menampilkan konsep baharu yang jarang dipersembahkan dalam karya tempatan dipanggil 'reverse whodunnit' atau lebih dikenali sebagai 'howcatchem' iaitu penonton sudah tahu siapa pembunuh dalam cerita terbabit, tetapi fokusnya bagaimana pembunuh itu akan ditangkap.
Ia mengisahkan Nazri, polis dari Jabatan Narkotik lakonan Syafiq Kyle yang berasa terdesak untuk menyelesaikan sindiket dadah Tony Ifrit (Aaron Aziz) yang semakin berleluasa selepas Tony terlepas daripada hukuman.
Pada masa yang sama, Sheriff dari Jabatan Integriti telah dihantar pihak Bukit Aman untuk menyelesaikan kes 'Meth Killer' dan dia ditugaskan bersama Nazri untuk berada di bawah satu jabatan.
Filem ini akan mula ditayangkan di pawagam tempatan dan Singapura bermula esok (18 April).
-- BERNAMA
Bernama
Wed Apr 17 2024
Filem Sheriff akan mula ditayangkan di pawagam tempatan dan Singapura bermula esok (18 April). - FB Astro Shaw
Apple Pencil baharu hadir dengan sistem haptik
Apabila digunakan pada skrin iPad, pengguna boleh merasakan tindak balas haptik seakan menggunakan pensel sebenar.
[TERKINI] KPM giat laksana pelbagai inisiatif bagi reformasi pendidikan negara
KPM berkata, Laporan Bank Dunia bertajuk 'Bending Bamboo Shoots: Strengthening Foundation Skills' berkenaan sistem pendidikan negara diambil perhatian.
Tentera AS edar gambar jeti maritim Gaza siap dibina
Beberapa gambar pembinaan jeti maritim oleh tentera Amerika Syarikat (AS) di Gaza untuk menghantar bantuan kemanusiaan telah diedarkan Komando Pusat AS pada Isnin.
Pesara tentera maut dilanggar lori menggelongsor
Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian diminta menyalurkan maklumat berkenaan kepada pegawai penyiasat kes.
Kenaikan cukai perkhidmatan 8% beri kesan kos operasi, unjuran pendapatan Nestle Malaysia dikurangkan
Perbelanjaan operasi bagi 2024 juga diramal bertambah lagi susulan rasionalisasi bahan api yang berkemungkinan dilaksanakan.
Dua sahabat maut dilanggar bas
Mangsa maut di tempat kejadian akibat kecederaan parah di bahagian kepala.
25 terbunuh bas terjunam gaung di utara Peru
Bas antara negeri itu membawa 50 penumpang apabila insiden itu berlaku kira-kira 10.10 malam waktu tempatan.
Jepun, Uzbekistan berentap final Piala Asia B-23
Pasukan yang kalah dalam penentuan tempat ketiga itu akan menentang Guinea yang berada pada kedudukan keempat.
Che'gu Bard tiba di Mahkamah Sesyen Johor Bahru berdepan tuduhan lagi
Beliau yang hadir bersama peguamnya, Muhammad Rafique Rashid Ali, dijangka berdepan satu lagi pertuduhan mengikut Akta Hasutan 1948.
Niaga AWANI: KWSP: Melestari kehidupan persaraan
Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dikatakan bukan satu-satunya organisasi yang bertanggungjawab dari segi menambah baik kehidupan masyarakat. Namun KWSP telah memperkenalkan Akaun Fleksibel dan berkuat kuasa mulai 11 Mei 2024. Bagaimana pengurusan persaraan selepas ini dan apakah pendekatan terbaik bagi meningkatkan literasi kewangan dalam kalangan masyarakat?
Raih RM35.3 juta, Sheriff kini filem No. 1 dengan kutipan tertinggi tahun ini
Kejayaan ini menyaksikan Sheriff mengetepikan filem besar antarabangsa dan terus mendominasi carta kutipan tahun ini.
Sheriff: 9 hari tayangan, kaut RM28 juta!
Filem arahan Syafiq Yusof, Sheriff: Narko Intergriti kini meraih kutipan sebanyak RM28 juta dalam 9 hari tayangan.
Sheriff raih RM16.3 juta untuk lima hari tayangan! Yusof Haslam terharu dengan sambutan
Sheriff merupakan terbitan dua penerbit besar tempatan iaitu Skop Productions bersama Astro Shaw.
Kumpul RM11.4 juta selepas 3 hari ditayangkan, Zul Ariffin kongsi cabaran shooting filem Sheriff
Kumpul RM11.4 Juta Selepas 3 Hari Ditayangkan, Zul Ariffin Kongsi Cabaran Shooting Filem Sheriff
Sheriff: Selepas tiga hari, filem arahan Syafiq Yusof raih RM11.4 juta
Filem arahan Syafiq Yusof, Sheriff: Narko Intergriti meraih kutipan sebanyak RM11.4 juta dalam tiga hari tayangan dengan satu hari tayangan awal.
Filem Sheriff pamer sisi berbeza Kamal Affandi sebagai pegawai polis
Filem Sheriff menemui penonton di pawagam mulai 18 April.
Sheriff: Tayangan awal raih lebih RM1 juta
Filem arahan Syafiq Yusof, Sheriff telah meraih kutipan melebihi RM1 juta pada tayangan awal pada 17 April di pawagam.
'Sheriff' karya paling jujur, janjikan kelainan sisi polis - Yusof Haslam
Yusof Haslam berkata keterbukaan PDRM dengan memberikan 'lampu hijau' dalam pembikinan filem arahan Shafiq Yusof itu telah melancarkan penghasilannya.
'Kaki tersepak besi pun dia tetap teruskan' - Syafiq Yusof kagum semangat juang Aaron Aziz
Syafiq memaklumkan masalah kesihatan yang dialami oleh pelakon asal Singapura itu langsung tidak mengganggu kelancaran sepanjang menjalani penggambaran.
Real Madrid tidak berhak tewas - Ancelotti
Pasukan yang membuat penampilan sulung dalam UCL dan pelawat dari Moldova merekodkan kemenangan 2-1 awal pagi tadi.