awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pilihan raya Majlis Nasional Palestin ditetapkan pada 1 November
Toleransi beragama, keselamatan rumah ibadat asas keharmonian - Ahmad Zahid
Hutan di puncak bukit berhampiran Taman Tun Abdul Razak terbakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Shuib tidak galak anak-anak jadi artis

Gempak
Gempak
07/04/2022
03:33 MYT
Shuib tidak galak anak-anak jadi artis
Kata Shuib, biarlah Uwais Alqarni, Dzahira Talita Zahra dan Ariq Matin berkongsi bakat seni dalam lingkungan keluarga sahaja. - Gambar GEMPAK
MELIHAT telatah anak-anak Shuib Sepahtu dan Allahyarham Siti Sarah Raissuddin, pasti ramai yang berpendapat bahawa mereka mempunyai daya tarikan dan kepetahan tersendiri.
Mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi, anak-anak Shuib dan Sarah iaitu Uwais Alqarni, 10, Dzahira Talita Zahra, 8 dan Ariq Matin begitu petah berbicara, terutama apabila telatah mereka dirakam dan dimuat naik di media sosial.
Sungguhpun begitu, jauh di sudut hati Shuib, dia tidak mahu melihat anak-anaknya itu masuk ke bidang seni dan juga industri hiburan untuk bergelar artis.
Sungguhpun bidang tersebut dekat dengan dirinya dan juga arwah isteri, namun Shuib memilih untuk tidak mendorong anak-anaknya ke arah seni, sungguhpun mereka telah menunjukkan kecenderungan dalam bidang nyanyian dan komedi.
“Saya sebenarnya dari dulu tak minat benarkan anak-anak saya shooting, nyanyi ke. Maksud saya artis… saya tak cenderung untuk itu.
“Tapi Talita dia ada cakap dia nak menyanyi. Saya fikir kalau dia nak menyanyi, saya rasa dia menyanyi untuk saya jelah kot. Untuk family.
“Matin ada bakat berlakon, melawak. Tapi sama juga saya rasa saya tak cenderung untuk mereka jadi artis kot,” ujar Shuib lagi.
Shuib juga memiliki seorang lagi cahaya mata bogsu bernama Ayash Affan.
Shuib memulakan kerjaya selepas menyertai program Raja Lawak musim ketiga bersama bekas kumpulannya, Sepah.
Sarah pula mengorak langkah sebagai penyanyi selepas menyertai program nyanyian Bintang RTM dan seterusnya beberapa pertandingan lain seperti One In A Million dan Gegar Vaganza.
Artikel asal di Gempak boleh dibaca di sini
Topic Berkaitan
#Shuib Sepahtu
#Siti Sarah
#Siti Sarah meninggal dunia
#Allahyarham Siti Sarah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan