awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pilihan raya Thailand: Bhumjaithai dahului keputusan awal ketika undi masih lagi dikira
Ketua Staf Starmer letak jawatan susulan skandal Mandelson
LDP Jepun dijangka menang besar, Takaichi kekal PM
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Shukri Yahaya rancang nikah Tia Adnan hujung tahun ini?

Gempak
Gempak
15/06/2015
03:16 MYT
Shukri Yahaya rancang nikah Tia Adnan hujung tahun ini?
Shukri Yahaya (kanan) mengakui bercadang untuk melangsungkan majlis pernikahan memandangkan tempoh pertunangannya bersama Tia Adnan hampir tamat.
AKTOR Shukri Yahaya mengakui bercadang untuk melangsungkan majlis pernikahan memandangkan tempoh pertunangannya bersama kekasihnya Tia Adnan hampir tamat. Walau bagaimanapun, pelakon berusia 26 tahun ini masih mencari tarikh yang sesuai disebabkan jadual kerjanya yang agak padat. “Saya hanya mampu merancang, Tuhan sahaja yang menentukan. Kalau cepat, cepatlah; sebab kontrak pertunangan saya dan Tia untuk dua tahun dah nak tamat. “Saya dan Tia dah bertunang lebih setahun setengah, saya kalau boleh mungkin akan bernikah dalam hujung tahun ini. "Tapi, apa-apa pun saya tak berani nak beri jaminan bila tarikh yang sebenar,” katanya seperti dilapor portal Murai. Ketika ditanya apakah keistimewaan tunangnya sehingga membuatkan hatinya terpaut, Shukri memberitahu dia begitu senang dengan personaliti Tia yang bersahaja. “Saya pernah berlakon sekali dengan Tia, saya amat menyenangi sikap dan personalitinya ketika berada di lokasi penggambaran. “Sekarang Tia dan berhenti dalam dunia lakonan, dan mahu fokus dengan perniagaan online, saya sentiasa menyokong Tia dengan apa jua kerjaya yang dia ceburi,” katanya mengakhiri perbualan.
Topic Berkaitan
#pelakon
#Shukri Yahaya
#tempoh pertunangan
#Tia Adnan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan