Bintang pop Simon Cowell melancarkan satu pertandingan mencari bakat dalam talian yang inovatif pada Rabu lalu, menjemput mereka yang ingin menjadi bintang dari seluruh dunia menghantar klip kemahiran mereka di YouTube.
Pengadil bagi “The X Factor” dan “Got Talent” Cowell berganding tenaga bersama platform perkongsian video itu untuk menjalankan 26 pertandingan setiap dua minggu sekali, yang diberi nama “The You Generation”, yang dijangkakan di 26 negara dalam tempoh 12 bulan.
“Kami mahu merangka cara yang mudah bagi anda untuk sedar,” jelas Cowell dalam satu temu bual di pejabat beliau yang disiarkan dalam saluran “You Generation”.
Peserta mula memuat naik video dalam pelbagai kategori serta merta – penyanyi hingga tukang solek pelakon – selepas pengenalan selama sejam, secara lansung di YouTube, oleh Cowell- yang mengurus kumpulan One Direction.
Penyertaan akan dihakimi oleh pencari bakat di syarikat produksi Cowell, dalam usahasama dengan syarikat elektronik Jepun dan penjana hiburan Sony.
Cowell berharap inisiatif ini akan menambah angka penonton bagi pencarian bakat TV konvensional kerana lebih banyak artis memintas laluan tradisional untuk berjaya dengan kuasa Internet.
Ketara dalam kalangan mereka yang sebelum ini ditemui di YouTube ialah Justin Bieber – tetapi idea Cowell adalah untuk mempunyai saluran sehenti YouTube untuk peminat untuk beraksi tanpa perlu untuk melayari seluruh laman web.
Artis pertama yang memuat naik pada Rabu lalu dengan pantas berjaya mengumpul ratusan ribu tontonan, walaupun terdapat komen berbeza antara pandangan positif dan kritikan terhadap status Cowell dalam industri musik pop.
YouTube sedang berusaha untuk menjadi lebih daripada sekadar tempat untuk menonton video kucing lucu dengan menggalakkan, dan dalam sesetengah kes sokongan kewangan, pengaturcaraan asal.
“Ia adalah saluran TV terbesar kini di dunia,” kata Cowell. “Ia mengubah segala-galanya. Ia benar-benar mengubah perniagaan music—untuk kebaikan.”
AFP
Thu Mar 21 2013


PRN: Jawatankuasa Pilihan Raya perlu perinci dasar kerjasama politik - Aminuddin
Aminuddin mencadangkan supaya Jawatankuasa Pilihan Raya yang ditubuhkan Sekretariat Kerajaan Perpaduan memperincikan dasar kerjasama politik yang diinginkan untuk PRN tahun ini.

Belanjawan 2023: PM Anwar beri bayangan jumlah peruntukan dikurangkan
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan Malaysia tidak boleh bertahan dengan defisit yang tinggi dan mesti berusaha untuk mengurangkan hutangnya.

Pantau Kerajaan Baharu | Harga barang turun, pendapatan rakyat naik?

Pemilihan UMNO: Saya pemimpin kecil, cukup 'main' di Perak sahaja - Saarani
Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad mengesahkan dirinya tidak akan bertanding bagi merebut mana-mana jawatan tertinggi di Pusat pada Pemilihan UMNO 2023.

Selatan Thailand | Lawatan Anwar beri momentum kepada rundingan damai
Lawatan rasmi sulung Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dilihat mampu membawa perubahan positif dalam rundingan damai selatan Thailand. Penolong Dekan Kolej Islam Antarabangsa Universiti Krirk, Dr Bandit Aroman berpendapat pengaruh perdana menteri di negara itu mampu pemangkin bagi mempercepatkan rundingan damai.

Rasuah | Kakitangan hospital direman terima suapan urus jenazah
Seorang Penolong Pegawai Perubatan sebuah hospital di Temerloh direman tujuh hari bagi membantu siasatan kes meminta dan menerima suapan berjumlah RM17,859.00 bagi mendapatkan kerja-kerja pengurusan jenazah daripada ejen-ejen pengurus jenazah.

Peguam Negara | Pengganti Tan Sri Idrus Harun masih dibincangkan - PM
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim malumkan perbincangan masih dijalankan berhubung pengganti Tan Sri Idrus Harun sebagai Peguam Negara.
![[TERKINI] Enam maut dalam nahas di Genting Highlands [TERKINI] Enam maut dalam nahas di Genting Highlands](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://dzu2r3t0ymp2a.cloudfront.net/757/2008558/35293274881675849832030_640x360.jpg)
[TERKINI] Enam maut dalam nahas di Genting Highlands
Enam disahkan maut dalam nahas melibatkan sebuah van yang terbabas ke sisi jalan di KM 4.8 jalan turun Genting Highlands pada Rabu.

PN Selangor tiada pelawa KJ jadi calon PRN, MB - Zulkafperi
Zulkafperi berkata, setakat ini tiada perbincangan diadakan pimpinan Bersatu Selangor dengan Khairy berhubung tawaran berkenaan.

China bantah tindakan AS tembak jatuh belon 'awam'
China mengemukakan bantahan selepas 'belon' ditembak jatuh oleh Amerika Syarikat (AS).

Apa jadi pada wajah juri bermulut pedas, Simon Cowell?
Figura berusia 63 tahun itu kelihatan sedikit cengkung, dengan keadaan mata dan mulutnya tidak simetri.

Simon Cowell disahkan positif COVID-19
Cowell disahkan positif virus itu beberapa hari selepas mengalami kecederaan di muka dan patah tangan dalam nahas melibatkan e-bike.

Simon Cowell tarik diri sebagai juri 'X Factor Israel'
Wakil penerbit -X Factor Israel- memaklumkan Cowell telah membatalkan penampilannya itu 'atas sebabnya tersendiri'.

Simon Cowell ambil alih hak produksi 'Got Talent' daripada Sony Music
Hak cipta format televisyen yang dihasilkan Cowell itu akan dipindahkan ke syarikat baharu, Syco Entertainment, yang dimiliki beliau sepenuhnya.

Dendangan penyanyi buta dan autistik menawan hati penonton
Pengacara terkenal, Oprah Winfrey, menjadi salah seorang peminat yang bersorak meskipun hanya menonton persembahan Kodi dari kediamannya.

American Idol anugerahkan pemenang terakhir
Trent Harmon dari Mississippi memenangi gelaran tersebut dengan menewaskan pesaingnya La'Porsha Renae dalam acara kemuncak musim ke-15 ini.

Simon Cowell bangga jadi ayah
Simon Cowell berkongsi beberapa keping gambar anaknya, Eric di laman sosial. Menjadi bapa pada usia 54 tahun, Eric dilahirkan pada Jumaat.

Simon Cowell dibaling telur
Para juri "Britain's Got Talent" dikejutkan dengan tindakan seorang wanita yang membaling telur ke arah mereka.

Khidmat Khloe Kardashian sebagai hos tidak diperlukan
Mengalami nasib yang sama seperti Britney Spears, perkhidmatan Khloe Kardashian sebagai hos rancangan tidak diperlukan lagi untuk musim terbaru -The X-Factor- Amerika.

Simon Cowell melancarkan pencarian bakat YouTube
Simon telah melancarkan pertandingan mencari bakat dalam talian dan menjemput mereka yang ingin menjadi bintang menghantar klip di YouTube.