Pencarian kebenaran Mulder dan Scully diteruskan dalam The X-Files apabila saluran televisyen Fox mengumumkan bahawa siri drama fiksyen sains itu akan dihidupkan kembali menemui peminatnya.
The X-Files akan kembali ke layar kaca pada musim luruh nanti dengan 10 episod baharu, yang menyaksikan ejen Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI) Fox Mulder (David Duchovny) dan Dana Scully (Gillian Anderson) menyiasat kes-kes melibatkan entiti asing yang sukar dijelaskan.
Siri yang popular sepanjang tahun 1993 hingga 2002 itu pernah dihidupkan semula dengan enam episod pada tahun lalu.
Dalam siri reboot itu, watak Mulder dan Scully disatukan semula dan mereka mendapati diri mereka kembali mengejar muslihat kerajaan yang menyembunyikan sesuatu, mselain mencari raksasa, objek misteri di langit dan juga anak mereka, William.
Menurut 20th Century Fox Televisiom, siri tersebut berjaya menarik 16 juta tontonan.
Siri The X-Files diikuti rapat oleh kumpulan peminat fanatiknya yang terpesona dengan, bukan sahaja dua watak utamanya, malah idea tentang kisah misteri yang disembunyikan pihak berkuasa dan kerajaan.
Pembikin drama tersebut, Chris Carter memberitahu Reuters tahun lalu bahawa The X-Files semakin relevan dalam situasi semasa berikutan teori konspirasi yang masih meluas disebut dalam internet, selain tarikan tentang objek terbang seperti UFO.
Agensi
Fri Apr 21 2017
Penyiasatan Mulder dan Scully belum berakhir. - Reuters
PRK KKB: Keputusan diramal kekal dimenangi penyandang
Sivamurugan berkata, ia banyak ditentukan mengikut situasi yang bakal berlaku dalam tempoh lima hari terakhir dan peratusan keluar mengundi kelak.
'Saya perlu dapatkan semula keyakinan diri' - Zii Jia
Lee Zii Jia mengakui perlu mendapatkan semula keyakinan diri selepas tewas kepada nombor satu dunia Viktor Axelsen semalam.
Selangor sasar noktah miskin tegar Julai ini - MB
Majlis Tindakan Pembangunan Negeri Selangor merekodkan sejumlah 861 keluarga masih berada dalam kategori miskin tegar.
Mesir-Perancis bincang gencatan senjata, bantuan kemanusiaan di Gaza
Mereka menekankan keperluan segera untuk gencatan senjata dan membincangkan beberapa inisiatif yang bertujuan menyelesaikan krisis tersebut.
Kitaro di Festival Muzik Hutan Hujan Dunia 2024
Kitaro bakal membuat persembahan pada Festival Muzik Hutan Hujan Dunia (RWMF) 2024 pada 28-30 Jun ini.
PH kerja keras pertahan DUN KKB, tidak mahu berasa selesa
Walaupun berjaya menguasai kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu (KKB) selama tiga penggal sejak 2013, namun ia bukanlah tiket untuk Pakatan Harapan (PH) berasa selesa.
MDKpr nafi curi haiwan ternakan dalam kandang
Ahmad Suqairy berkata haiwan itu ditangkap dalam operasi oleh Bahagian Penguatkuasaan MDKpr pada 23 Apr lalu di kawasan Kolej TAR.
488 acara dipertandingkan di SUKMA Sarawak 2024 - MSN
Jawatankuasa Tertinggi Sukan Malaysia (SUKMA) secara rasmi bersetuju menawarkan sejumlah 488 acara dipertandingkan pada temasya SUKMA Sarawak 2024.
Petronas Dagangan catat jualan lebih 16 bilion liter bahan api pada 2023
PDB merekodkan peningkatan perolehan sebanyak dua peratus didorong jumlah jualan lebih tinggi dan keuntungan selepas cukai yang meningkat.
Aset rizab rasmi Malaysia berjumlah AS$113.76 bilion pada akhir Mac - BNM
Aset rizab rasmi Malaysia berjumlah AS$113.76 bilion pada akhir Mac 2024 manakala aset mata wang asing lain adalah US$1.61 bilion, kata Bank Negara Malaysia (BNM).
Siri penyiasatan misteri fiksyen sains The X-Files kembali menemui peminat
Siri yang popular sepanjang tahun 1993 hingga 2002 itu pernah dihidupkan semula dengan enam episod pada tahun lalu.