HIBURAN
Siti Nurhaliza, Ade Govinda kembali bersatu menerusi 'Menamakanmu Cinta'

Ade menyifatkan pengalaman bekerjasama dengan Siti Nurhaliza sebagai momen yang cukup istimewa. - Gambar/ Bernama
KUALA LUMPUR: Biduanita Negara Datuk Seri Siti Nurhaliza dan komposer tersohor Indonesia Ade Govinda kembali menggamit peminat dengan kolaborasi terbaharu mereka menerusi single Menamakanmu Cinta, sebuah lagu berkisarkan cinta penuh emosi.
Ringkasan AI
- Datuk Seri Siti Nurhaliza dan komposer Indonesia Ade Govinda kembali berkolaborasi menerusi lagu baharu berjudul Menamakanmu Cinta, yang membawa tema cinta penuh emosi dan penghargaan terhadap insan tersayang.
- Lagu ini dihasilkan dengan harapan menjadi karya yang menyentuh jiwa dan sesuai dinyanyikan dalam majlis pernikahan, dengan Siti menyifatkan setiap lirik dan melodi sebagai cerminan keindahan cinta sejati.
- Kolaborasi ini bukan yang pertama antara mereka, selepas Ade mencipta tiga lagu popular dalam album *Fragmen* (2014), dan beliau menyifatkan proses bekerjasama dengan Siti sebagai pengalaman istimewa yang membolehkan eksplorasi vokal secara mendalam.
"Ia dibuat dengan penuh perasaan dan harapan, dengan setiap liriknya mencerminkan keindahan cinta sejati," katanya yang turut berharap pendengar boleh merasai perjalanan emosi melalui setiap nada dan melodi lagu berkenaan," katanya.
Kolaborasi kali ini bukan yang pertama buat mereka kerana Ade pernah mencipta tiga buah lagu popular untuk Siti Nurhaliza dalam album Fragmen (2014), iaitu Terbaik Bagimu, Engkau dan Tak Pernah Ragu.
Sementara itu, Ade mengungkapkan pengalaman bekerjasama dengan ibu kepada dua cahaya mata tersebut sebagai momen yang cukup istimewa.
"Idea awal lagu ini muncul sebab saya mahu mencipta lagu cinta yang boleh dinyanyikan di setiap pernikahan oleh sesiapa sahaja yang sedang berbahagia. Proses bekerja dengan Datuk Seri Siti sangat cepat, menyenangkan dan saya boleh meneroka vokalnya secara luar biasa dalam waktu singkat," katanya.
Beliau turut berharap Menamakanmu Cinta akan menjadi runut bunyi kehidupan bagi sesiapa sahaja yang sedang bercinta.
"Ia bukan sekadar melodi atau lirik, tetapi juga merupakan ungkapan perasaan yang menyentuh jiwa serta menggambarkan kedalaman emosi antara pasangan," katanya.
-- BERNAMA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami