awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Thailand saksi legasi keluarga Ghazali
Pertahanan Awam Syria pertingkat respons banjir di Idleb, Lattakia susulan hujan lebat
Trump sahkan Xi Jinping akan lawat AS menjelang akhir tahun
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Siti Nurhaliza akhirnya kongsi wajah anak

Astro Awani
Astro Awani
25/03/2018
11:15 MYT
Siti Nurhaliza akhirnya kongsi wajah anak
Siti Nurhaliza dan suami akan mengumumkan nama sebenar puteri mereka pada satu majlis malam ini. - Instagram CTDK
SEPERTI dijanjikan, penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza akhirnya mendedahkan wajah anak perempuannya melalui klip video yang dimuat naik di Instagram miliknya.
Siti dan suaminya, Datuk Seri Khalid Mohd Jiwa atau Datuk K, sebelum ini menyatakan akan berkongsi gambar anak mereka yang diberi nama sementara iaitu Fatimah Az-Zahra selepas bayi itu berusia seminggu.
Berikutan itu, katanya, Datuk K akan turut mengumumkan nama sebenar anak mereka pada malam ini melalui akaun YouTube Siti Official Video.
Satu majlis kesyukuran untuk puteri kesayangan mereka juga turut diadakan.
"Pada malam ini, suami saya akan mengumumkan nama sebenar anakanda kami dan boleh ditonton secara langsung menerusi akaun YouTube Siti Official Video bermula jam 9 malam.
"Kami akan mengadakan majlis maulid nabi, aqiqah dan tahnik pada malam ini," kata Siti dalam entri terbaharunya di Instagram.
Justeru, pasangan suami isteri ini melahirkan penghargaan kepada semua pihak yang mendoakan kesejahteraan mereka sekeluarga.
"Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada semua yang telah mendoakan kami selama ini dan hanya Allah saja yang mampu membalas jasa baik kalian. Semoga Allah merahmati kita semua," ujarnya.
Siti melahirkan puteri sulungnya pada 19 Mac lalu secara pembedahan di sebuah hospital swasta di ibu negara.
Bismillahirrohmanirrohim dan Assalamualaikum, Saya dan suami ingin memperkenalkan anakanda kami kepada semua yang menanti-nantikan detik ini. . Hari ini merupakan hari ketujuh usia kelahiran anakanda kami yang kami namakan dengan gelaran Fatimah Az-Zahra selama seminggu ini. . Inilah penyejuk hati, anugerah ilahi, anakanda yang melengkapkan kehidupan kami. . InshaAllah, pada malam ini, suami saya akan mengumumkan nama sebenar anakanda kami dan boleh ditonton secara langsung menerusi akaun youtube Siti Official Video bermula jam 9 malam. Kami akan mengadakan majlis maulid nabi, aqiqah dan tahnik pada malam ini. . Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada semua yang telah mendoakan kami selama ini dan hanya Allah saja yang mampu membalas jasa baik kalian. Semoga Allah merahmati kita semua. #usia7hari #babyCTDK
A post shared by Siti Nurhaliza Tarudin (@ctdk) on
Mar 25, 2018 at 3:30am PDT
Topic Berkaitan
#Allah
#anak
#bayi
#Hospital
#Instagram
#Puteri
#Siti Nurhaliza
#video
#YouTube
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan