KUALA LUMPUR: Penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza Tarudin bakal melancarkan 'single' terbaharu hasil kolaborasi bersama maestro muzik dari Indonesia dalam tempoh terdekat.
Tanpa mendedahkan siapa pemuzik tersebut, beliau berkata single terbaharu itu adalah buah tangan buat peminat yang selama ini menyokong kariernya dan menggambarkan perjalanan Siti sepanjang tempoh 25 tahun dalam industri.
"Kami dalam proses berbincang bersama beliau dan juga pihak Universal Music untuk projek istimewa ini sempena 25 tahun saya dalam industri.
"Doakan supaya saya dapat lagu yang bagus dan music arrangement yang hebat untuk hasilkan single yang terbaik," katanya kepada media melalui sidang video selepas majlis sambutan ulangtahun kedua BeauSiti secara maya sebentar tadi.
Siti juga mengesahkan bahawa DVD 'Datuk Seri Siti Nurhaliza On Tour' yang merupakan rakaman persembahan konsert jelajahnya di tiga buah negara pada tahun 2019 lalu juga bakal menemui peminat.
Isteri kepada usahawan Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa dan ibu kepada Siti Aafiyah dan Muhammad Afwa itu setakat ini telah menghasilkan lebih daripada 20 buah album.
Sementara itu, Siti berkata menerusi perniagaan BeauSiti, beliau mahu membantu mereka yang berminat menjana pendapatan dan meningkatkan taraf hidup selain meningkatkan keyakinan diri berdepan dengan orang ramai dengan menyertai SitiZen.
SitiZen adalah komuniti berdaftar yang menjalankan perniagaan bersama BeauSiti.
"Selain menjadi usahawan berjaya, melalui SitiZen yang kini mencecah lebih dari 1,700 orang, saya juga mahu melahirkan lebih ramai jutawan. Impian saya agar perniagaan saya dapat berterusan sampai bila-bila dan dapat memberi manfaat kepada orang lain," katanya.
Siti juga berkata syarikatnya dalam proses untuk berkerjasama dengan stesen-stesen minyak terpilih bagi memudahkan akses mendapatkan produk BeauSiti serta mengembangkan jenama tersebut ke pasaran Asia dan Timur Tengah menjelang 2026.
Siti atau mesra disapa Tokti mengakui bukan mudah untuk mengekalkan momentum sebagai penyanyi dan usahawan apalagi di waktu pandemik ini, namun kesabaran yang tinggi, ketahanan fizikal dan mental mendorong beliau untuk terus berusaha berada di tahap sekarang.
"Jangan mengeluh dan selalu berbincang. Apapun keadaan, perlu ada jalan untuk menghadapi cabaran itu dengan cara yang positif. Bukan dengan rasa "give-up" atau menyerah. Setiap masalah kita perlu tukar dengan penyelesaian secara yang terbaik," katanya.
Mengakui penjualan produk BeauSiti turut terjejas namun dijangka masih mencapai sasaran jualan yang ditetapkan iaitu sebanyak RM10 juta bagi 2021.
Sehingga September tahun ini, sebanyak 200,000 unit produk BeauSiti telah terjual dengan nilai penjualan mencecah RM7 juta.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Sep 14 2021
Siti Nurhaliza bakal melancarkan 'single' terbaharu hasil kolaborasi bersama maestro muzik dari Indonesia dalam tempoh tedekat. - Gambar fail/Universal Music Malaysia
Penyakit berkaitan haba dikhuatiri meningkat di Gaza
Penularan penyakit berkaitan haba panas menjadi kebimbangan terbaharu di Gaza selepas suhu luar jangka melampau melanda wilayah itu setiap hari. Ia sudah semestinya diburukkan lagi dengan kekurangan air bersih dan ketiadaan sistem pembuangan sisa pepejal yang sepatutnya wujud di sesebuah kawasan didiami manusia.
Ilhan Omar melawat peserta tunjuk perasaan
Wakil Dewan Perwakilan Amerika Syarikat (AS) Ilhan Omar mengadakan lawatan di kampus penyokong Pro Palestin di Universiti Columbia New York pada Khamis.
Dua lelaki didakwa jadi 'tali barut' kepada China
Dua lelaki yang mana salah seorangnya pernah bertugas di Parlimen United Kingdom (UK) enjalani proses perbicaraan di mahkamah London pada Jumaat selepas didakwa menjadi tali barut menyalurkan maklumat sulit kerajaan kepada negara tembok besar itu.
Polis serbu pejabat 'Save the Children' di Guatemala
Polis Guatemala melakukan serbuan mengejut ke atas pejabat-pejabat Pertubuhan Save the Children di pelbagai lokasi di negara itu. Ia bagi mencari bukti dakwaan pertubuhan yang memperjuangkan kebajikan kanak-kanak itu, terlibat dalam jenayah penderaan terhadap golongan itu.
LIMA '25 dianjurkan pada 20-24 Mei tahun depan
Pameran Maritim dan Aeroangkasa Antarabangsa Langkawi 2025 (LlMA ‘25) akan dianjurkan pada 20 hingga 24 Mei tahun depan bertemakan Innovate Today, Thrive Tomorrow.
Malaysia komited tingkat hubungan dua hala bersama Libya
Malaysia terus komited mempertingkatkan hubungan dua hala yang berterusan bersama Libya demi manfaat bersama dalam pelbagai sektor.
Demi rakyat, Zahid-Muhyiddin henti saman fitnah
Presiden Umno, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin bersepakat untuk menamatkan pertikaian peribadi antara mereka.
Sultan Selangor berangkat ke Majlis Bacaan Yassin di Pangkalan TLDM
Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah yang juga Kepten Yang Dipertua Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) berkenan berangkat ke Pangkalan TLDM Lumut di Perak bagi menghadiri Majlis Bacaan Yasin, Tahlil dan Khutbah Khas sempena Sambutan Hari TLDM ke-90.
PM Anwar pulangkan elaun Pengerusi Khazanah
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan beliau memulangkan elaun sebagai pengerusi Khazanah Nasional Berhad yang diterimanya dan sekali lagi menegaskan tidak menerima gaji bagi jawatan Perdana Menteri yang disandangnya sejak November 2022.
10 Berita Pilihan - (26 April 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Siti Nurhaliza bakal tampil persembahan cinta setinggi awan Ogos ini
Konsert ini akan diadakan pada jam 8.30 malam di Arena of Stars dan bakal membawa konsep Love in the Sky atau Cinta di Awan.
Raya bersederhana, Siti Nurhaliza utamakan anak-anak
"Cukup saya ada sepasang dua baju baharu, pakai saja yang lama"
Gelaran Biduanita Negara buat Siti Nurhaliza mungkin jadi kenyataan - Fahmi
Kementerian Komunikasi sedang meneliti cadangan penganugerahan gelaran Biduanita Negara kepada penyanyi Siti Nurhaliza.
28 tahun jadi anak seni, Siti Nurhaliza fokus hiburkan peminat, tidak kejar pengiktirafan
Siti memaklumkan dirinya tidak terlalu mengejar sesuatu pengiktirafan sebaliknya dia percaya setiap gelaran itu akan hadir dengan sendiri seiring dengan usaha keras seorang anak seni.
CUCKOO lantik duta baharu, serlah diversiti budaya di Malaysia
CUCKOO International (M) Sdn. Bhd. mengumumkan pelantikan barisan duta baharu iaitu Jaclyn Victor, Phei Yong, serta Datuk Seri Siti Nurhaliza yang berlangsung di Bazar CUCKOO x RIUH #SamaSamaRaya.
Yayasan Nurjiwa bantu lebih 10,000 rakyat Palestin setiap hari
Siti meluahkan penghargaan kepada orang ramai yang menghulurkan sumbangan, sekali gus membolehkan pihaknya memberikan bantuan.
“Tak sangka Allah beri saya peluang bantu” - Siti Nurhaliza sebak bercerita baju raya anak Gaza
Penyanyi kesayangan negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza tidak dapat menahan sebak apabila terkenang mengenai keadaan nasib anak-anak di Palestin.
Komposer Ross Ariffin dapat rumah, bakal bekerjasama dengan RTM - Fahmi
Fahmi menjejaki dan bertemu sendiri dengan Ross selepas mendengar perkhabaran sedih mengenai komposer terkenal itu.
Tidak kisah berbelanja di pasar malam, warga maya puji sikap rendah diri Siti Nurhaliza
Netizen juga memuji sikap Siti Nurhaliza yang tidak sombong serta sentiasa tersenyum ketika didekati peminat.
Konsert Siti Nurhaliza kekal pada 9 Mac, ditunda beri implikasi besar
Yayasan Nurjiwa dengan penuh keinsafan dan berlapang dada menerima gesaan dan teguran Mufti Pulau Pinang