PENYANYI nombor satu Malaysia Datuk Siti Nurhaliza Tarudin berkata beliau berharap untuk merakamkan lebih banyak lagu ciptaan komposer terkemuka India, A.R. Rahman.
Siti berkata beliau sedia menyahut cabaran itu kerana peminatnya terdiri daripada pelbagai kaum dan mengharapkannya untuk mengambil cabaran baharu.
"Saya mengagumi bakat A.R. Rahman sebagai penyanyi dan komposer terkenal dunia dan mahu bekerjasama dengannya dalam lagu," katanya dalam sidang akhbar pada acara kemuncak program Astro, International Super Star di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya, di sini malam tadi.
Diva berusia 36 tahun itu turut menceritakan pengalamannya menyanyikan sebuah lagu Tamil ciptaan A.R. Rahman bertajuk 'Nenje Ezhu' (Bangkitkan Semangat) yang merupakan lagu promosi program International Super Star 2015.
VIDEO: Datuk Siti Nurhaliza rakam lagu Tamil tulisan AR Rahman
Penyanyi itu berkata merakamkan lagu selama 20 minit itu merupakan pengalaman baharu bagi dirinya kerana beliau perlu mendengar dengan teliti intonasi, sebutan dan lirik lagu itu.
Namun, menurutnya, sebagai seorang artis yang faham tentang melodi, banyak membantunya dalam menyanyikan lagu itu.
Pada pertandingan akhir itu, Siti bersama-sama beberapa artis terkenal menyanyikan lagu 'Nenje Ezhu' pada persembahan pembukaan.
Program International Super Star 2015 berobjektif melahirkan bakat terbaik dalam nyanyian di negara ini membabitkan tiga kumpulan dengan peserta daripada setiap kumpulan perlu bersaing untuk menjulang gelaran super star dengan bantuan mentor masing-masing.
Pertandingan tahunan kali-15 itu, buat julung kalinya dianjurkan pada peringkat global dengan penyertaan daripada lima negara iaitu Malaysia, Singapura, Mauritius, Kanada dan India.
Pasukan "Vellithirai" muncul juara dan membawa pulang USD100,000, manakala pasukan "Vinmeen" dan "Vaanavil" yang masing-masing di tempat kedua dan ketiga menerima USD70,000 dan USD40,000.
Bernama
Sun Aug 16 2015
SITI NURHALIZA: Saya mengagumi bakat A.R. Rahman sebagai penyanyi dan komposer terkenal dunia dan mahu bekerjasama dengannya dalam lagu. -Gambar fail
Pertandingan sukan luncur ombak pertama di Bachok tarik lebih 2,000 pengunjung
Pertandingan sukan luncur ombak yang pertama kali diadakan di Pantai Impian Kemasin akan dijadikan sebagai acara tahunan setiap kali musim tengkujuh di Kelantan.
Pemandu Mercedez terbakar, suspek langgar lari motosikal?
Pemandu kereta Mercedez Benz 45 yang terbakar di tol Wangsa Maju pada petang Ahad juga merupakan dalang kepada insiden langgar lari sebuah motosikal di Lebuhraya SPE dan telah dikenal pasti pihak polis. Perkara itu seperti yang disahkan oleh kakak mangsa Syahrizah Saini ketika dihubungi Astro AWANI yang turut memaklumkan bahawa adiknya kini dalam keadaan kritikal di Hospital Kuala Lumpur.
Gempa bumi dengan magnitud 6.1 gegarkan Kepulauan Tonga - GFZ
Satu gempa bumi dengan magnitud 6.1 menggegarkan Kepulauan Tonga pada pukul 1503 GMT, Ahad.
Menjelajah bawah tanah untuk 'shopping' Krismas
Musim perayaan hujung tahun tidak dinafikan menjadi musim yang paling mengujakan buat penduduk dunia. Manakan tidak, ada pelbagai acara, persembahan, hiasan berwarna warni, serta pengalaman beli-belah istimewa menanti peminat 'kaki shopping'. Di Jerman misalnya, tampil dengan kelainan tersendiri...iaitu? bazaar Krismas bawah tanah.
Presiden Yoon ingkar perintah hadir, pendakwaan akan kemuka perintah kedua
Pendakwa Raya Korea Selatan mengesahkan bahawa Presiden Yoon Suk Yeol gagal mematuhi perintah hadir yang dikeluarkan pada Ahad, sambil menambah bahawa satu lagi perintah akan dihantar tidak lama lagi.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 15 Disember 2024.
Tumpuan Isnin – 16 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Tiga lagi suspek kes bunuh lelaki di pangsapuri direman
Ketua Polis Daerah Padawan, Superintenden Mohd Irwan Hafiz Md Radzi ketika mengesahkan penahanan tersebut berkata, kesemua suspek rakyat tempatan, berusia antara 32 hingga 48 tahun dan ditangkap di lokasi berbeza. #AWANInews
Lima anggota 'Bali Nine' sudah kembali ke Australia
Lima anggota 'Bali Nine' yang menjalani hukuman pemenjaraan seumur hidup di Indonesia sudah dipindahkan ke negara asal mereka, Australia. Perkara itu seperti yang disahkan Perdana Menteri Anthony Albanese yang memaklumkan lima warganya itu yang diberkas pihak berkuasa dalam kegiatan penyeludupan dadah di pulau peranginan terkenal, Bali pada April 2005.
Lima maut, puluhan migran hilang di Pulau Gavdos
Lima individu terkorban dalam kejadian bot migran yang terbalik di perairan Greece awal pagi Sabtu. Menurut Kementerian Luar Pakistan pada Ahad, 47 warganya dapat diselamatkan dalam tragedi yang berlaku berhampiran Pulau Gavdos di selatan Crete itu.
Impian Siti Nurhaliza jumpa AR Rahman jadi kenyataan
Siti Nurhaliza memuat naik beberapa keping gambar yang diambil bersama Rahman.
Siti Nurhaliza harap rakam lebih banyak lagu ciptaan A.R. Rahman
Siti berkata beliau sedia menyahut cabaran itu kerana peminatnya terdiri daripada pelbagai kaum dan mengharapkannya untuk mengambil cabaran baharu.