awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Amaran PBB: Keganasan di Myanmar memuncak menjelang pemilihan di bawah kawalan tentera
Trump didakwa naik jet peribadi Epstein lapan kali pada 1990-an – Dokumen DOJ
[KOLUMNIS] Pengesanan awal penyakit buah pinggang cegah beban sektor kesihatan yang kian nazak
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Siti Nurhaliza tak harap anak ikut jejak langkah jadi penyanyi

Madiha Abdullah
Madiha Abdullah
11/08/2024
11:07 MYT
Siti Nurhaliza tak harap anak ikut jejak langkah jadi penyanyi
Siti Aafiyah muncul mengiringi persembahan Siti dengan bermain keyboard, menerusi lagu Nadi.
GENTING HIGHLANDS: Penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza, tidak mengharapkan anak-anaknya menjejaki langkahnya sebagai penyanyi.
Malah Siti, 45, tidak berselindung bahawa suaminya, Datuk Khalid Muhammad Jiwa, juga agak keberatan untuk membenarkan puteri sulung mereka, Siti Aafiyah, 6, menjadi penyanyi.
"Apa saja pilihan kerjaya dia pada masa depan, sebagai ibu bapa, saya dan suami akan pantau.
"Kalau betul dia ada bakat, kami mahu dia salurkan bakat itu dengan cara terbaik seperti belajar muzik. Kalau dia (cenderung) ke arah mencipta lagu, itu tidak mengapa," katanya ketika ditemui selepas konsert Siti Nurhaliza: Cinta Di Awan, Sabtu lalu.
Dalam konsert tersebut, buat kali pertamanya Siti Aafiyah muncul mengiringi persembahan Siti dengan bermain keyboard, menerusi lagu Nadi.
Menurut Siti lagi, buat masa ini, minat Aafiyah lebih cenderung ke arah bermain alat muzik, manakala adiknya, Muhammad Afwa, 3, pula suka menyanyi.
Selain penampilan Aafiyah dan Afwa, Siti turut mengundang anak saudaranya, Ummi Umairah, sebagai rakan duet dalam konsert tersebut, mempersembahkan lagu berbahasa Mandarin, Zheng Fu dan sebuah lagu Inggeris, You Are The Reason.
Jelas Siti, beliau mahu memberi peluang kepada Umairah, 13, khususnya selepas kemenangannya di World Championship of Performing Arts (WCOPA) di California, bulan lalu.
"Sebelum ini, ada sedikit risau nak ketengahkan Umai, bimbang pandangan orang kerana dia anak saudara.
"Tetapi sekarang Umai sudah buktikan bakat dan kemampuannya, dia berhak dapat peluang untuk lebih dikenali dan dihargai," katanya lagi.
Topic Berkaitan
#Siti Nurhaliza
#Siti Aafiyah
#penyanyi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan