awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Laungan ‘Bebas Bosku’ bergema di Kompleks Mahkamah
Ringgit teruskan aliran mengukuh, cecah lagi paras tertinggi dalam lima tahun
Seorang rentung, lebih 30 rumah setinggan terbakar di Tatau
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Skandal perceraian, kerjaya Leehom di China dikatakan sudah berakhir

Agensi
Agensi
22/12/2021
14:23 MYT
Skandal perceraian, kerjaya Leehom di China dikatakan sudah berakhir
Wang didakwa melanggan pelacur dan mempunyai hubungan sulit dengan kedua-dua jantina, selain turut mengabaikan tiga anak mereka. - Gambar/ [email protected]
BINTANG terkenal Asia, Wang Leehom, yang terlibat dalam skandal perceraian dengan bekas isterinya, Lee Jinglei, mungkin telah memohon maaf tetapi kerjayanya di China dikatakan sudah berakhir.
Penyanyi, pelakon dan komposer itu pada Isnin mengumumkan akan berehat seketika dari dunia hiburan, lapor Global Times China, yang menyelarnya sebagai 'tidak bermoral'.
"Wang Leehom telah mengumumkan akan berehat sementara, tetapi ini mungkin tidak mencukupi. Artis yang tidak bermoral sepatutnya dibekukan daripada diundang mengadakan persembahan," lapor portal itu.
Lee, 35, mendakwa Wang, 45, melakukan pelbagai perbuatan keji sepanjang lapan tahun perkahwinan mereka, termasuk melanggan pelacur dan mempunyai hubungan sulit dengan kedua-dua jantina, selain mengabaikan tiga anak mereka.
Susulan skandal itu, empat jenama yang diwakili Wang dilaporkan telah menggugurkan namanya.
Perceraian itu mengakibatkan Wang kehilangan lebih satu pertiga daripada kekayaannya kepada bekas isterinya.
Ditambah pula dengan nafkah yang bakal diterimanya, Lee akan menerima sejumlah NT$1.14 bilion (RM172.4 juta) susulan perceraian mereka, lapor Taiwan News.
Lee merupakan graduan Universiti Princeton dan Universiti Columbia di Amerika Syarikat, dan pernah bertugas sebagai penganalisis di JP Morgan.
Dalam catatan di Instagram, Lee memaklumkan dia melepaskan kerjayanya kerana Wang, yang 10 tahun lebih tua, mahukan ramai anak.
"Saya tidak menyesal dengan keputusan itu, mempunyai tiga anak yang comel adalah ganjaran terbaik untuk saya.
"Tetapi saya kesal kerana dibalas sebegini rupa oleh suami saya, curang dan melanggan pelacur. Hanya kerana saya suri rumah, saya seperti tiada harga dan sumbangan kepada keluarga," kata Lee.
Wang dalam kenyataan balasnya meminta maaf dan mengakui: "Ini semua salah saya".
Topic Berkaitan
#Wang Leehom
#hiburan
#China
#Taiwan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan