awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ketua PBB minta semua pihak “bertenang” ketika Honduras menanti keputusan pilihan raya
Dua maut dalam letupan rumah jagaan di Pennsylvania
Pegawai, anggota polis antara 77 penjawat awam ditahan terbabit dadah pada 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

'Soal bulan madu belum lagi' - Intan Najuwa, suami fokus kerja selepas nikah

Media Hiburan
Media Hiburan
23/08/2023
04:30 MYT
'Soal bulan madu belum lagi' - Intan Najuwa, suami fokus kerja selepas nikah
Intan Najuwa berkata suaminya yang juga ahli perniagaan tidak pernah menghalangnya untuk meneruskan kerjaya dalam bidang lakonan. -Media Hiburan
PELAKON Intan Najuwa mengakui dia dan suami, Datuk Ahmad Asraf Azman belum memikirkan mengenai perancangan bulan madu dalam masa terdekat susulan tuntutan kerja yang perlu diselesaikan.
Malah Intan atau nama sebenarnya Intan Najuwa Abdul Wahid menjelaskan, suaminya yang juga ahli perniagaan tidak pernah menghalangnya untuk meneruskan kerjaya dalam bidang lakonan.
“Soal bulan madu belum lagi sebab selepas ini saya akan terus bekerja dan suami juga terikat dengan jadual kerja yang padat.
“Setakat ini bagi saya sama sahaja, tiada beza ketika belum berkahwin atau sebaliknya.
"Karier tetap karier dan Asraf pun tak pernah menghalang kerjaya saya… dia sangat 'supportive' dan memahami,” katanya kepada MH.
Intan pada masa sama akui dia dan suami tidak merancang soal cahaya mata.
“Kami tidaklah merancang, kalau ada rezeki kami okey. Anytime kita pun sudah bersedia (untuk berkeluarga),” katanya lagi.
Terdahulu, Intan dan Datuk Ahmad Asraf selamat diijabkabulkan sebagai pasangan suami isteri di dalam majlis raja sehari yang penuh eksklusif di One & Only Desaru Coast, Johor, pada Jumaat.
Dalam pada itu, bintang drama Jesnita ini berkongsi momen awal perkenalannya bersama suami yang dikenali menerusi rakan-rakan.
“Sebenarnya perkenalan kami tiada yang istimewa pun pertemuan pertama kita… kawan baik suami juga sebenarnya merupakan kawan saya juga.
“Ia lebih kepada ‘mutual friend’. Bila berjumpa bertegur sapa tetapi tak tahu pula sampai sangkut (terpikat),” seloroh Intan yang mendedahkan hubungan mereka mulai terjalin sejak setahun lalu. -Media Hiburan
Topic Berkaitan
#Intan Najuwa Abdul Wahid
#Ahmad Asraf Azman
#perancangan bulan madu
#belum berbulan madu
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan